CEO Baru Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin Bermula 1 April 2015. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS yang baru berkuat kuasa dari 1 April 2015 hingga 31 Mac 2018.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya hari ini tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Februari 2015 hingga 31 Mac 2015.
Dalam satu kenyataan, Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Azhar di atas sumbangan beliau kepada PETRONAS sejak memegang jawatan itu pada 2010.
Beliau telah berkhidmat dengan PETRONAS sejak 1975 dan memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran. - BERNAMA
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang ada empat nama berpotensi untuk menjadi CEO baru Petronas iaitu Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Datuk Mohd Anuar Taib, Datuk Ahmad Nizam Salleh dan Md Arif Mahmood.
Wan Zulkiflee dan Anuar adalah dua nama yang telah berkali-kali dikatakan akan menjawat jawatan tertinggi di Petronas.
Wan Zulkiflee, 54, merupakan Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif Petronas. Beliau juga merupakan Naib Presiden Eksekutif perniagaan hiliran di syarikat minyak dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd dan Petronas Dagangan Bhd.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI