Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah Bermula 1 Mac 2014

$
0
0
Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor

Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah Bermula 1 Mac 2014 | NUSAJAYA 13 Feb. - Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah kepada kira-kira 20,000 penjawat awamnya.

Melalui skim itu kadar faedah sebanyak empat peratus bagi pinjaman perumahan golongan tersebut dihapuskan berkuat kuasa 1 Mac ini.

Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut adalah inovasi yang diambil kerajaan negeri yang peka dengan masalah rakyat.

"Bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong daripada gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei manakala bayaran balik akan dilakukan mengikut jadual baru skim ini pada Mei atau Jun nanti," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor Bersama Pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Yang turut hadir adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohamad Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil serta barisan Exco negeri.

Mohamed Khaled turut menyeru rakyat Johor bersama-sama berusaha ke arah kemajuan dan meningkatkan daya saing bagi menamatkan tanggapan ramai yang melabelkan negeri itu sebagai 'laman belakang Singapura'.

"Semua rakyat Johor perlu mempunyai cita-cita besar menjadikan negeri ini mutiara di selatan Asia Tenggara. Sehubungan itu kita harus memerangi sikap mundur dan liat untuk berubah, sebaliknya menanamkan keyakinan baru bahawa tahun ini, dekad ini, ketika ini adalah saat Johor dengan citra baharu,'' katanya = Utusan Online



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>