Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Johor Kembali Dilanda Banjir 9 Januari 2015

$
0
0
Rumah mangsa banjir di Jalan Salleh Kampung Bahagia, Mersing, Johor yang ditenggelami air setinggi setengah meter malam semalam - BH online
Johor Kembali Dilanda Banjir 9 Januari 2015Johor kembali dilanda banjir malam ini dengan empat pusat penempatan dibuka di Segamat bagi menempatkan 130 mangsa daripada 35 keluarga.
Keadaan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di pusat pemindahan di seluruh negara meningkat kepada 17,719 orang berbanding hanya 17,628 orang petang ini.
Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor menyatakan, sehingga 8 malam ini, 32 penduduk dari Mukim Gemereh dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 91 orang dari Mukim Labis dipindahkan ke Balai Raya Kampung Segamat Kecil.
Lima orang dari Mukim Buloh Kasap pula dipindahkan di Balai Raya Kampung Spang Loi manakala dua orang dari Mukim Buloh Kasap ditempatkan di Balai Raya Kampung Mensudut Lama.
Menurut pusat kawalan operasi itu, Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat telah terputus hubungan - BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>