Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai Sekolah Terlibat Dengan Penundaan Sesi Sekolah 2015 Seminggu Lagi

$
0
0
Senarai Sekolah Terlibat Dengan Penundaan Sesi Sekolah 2015 Seminggu Lagi. 
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pada 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015
Sehubungan itu, serta setelah mendapat persetujuan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, maka KPM dengan ini memaklumkan bahawa sejumlah 41 buah sekolah iaitu 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak akan ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 selama seminggu lagi. Dengan penundaan ini, maka tarikh baru permulaan sesi persekolahan di sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut;
a. Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 18 Januari 2015 (Ahad).
b. Manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Perak dan Pahang, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 19 Januari 2015 (Isnin).
Penundaan ini akan melibatkan sejumlah 5 hari persekolahan pada 11 hingga 15 Januari 2015 (Kelantan) dan pada 12 hingga 16 Januari 2015 (Perak dan Pahang). KPM juga ingin memaklumkan bahawa jumlah 5 hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan.
Ia juga adalah selaras dengan pemakluman oleh YAB Menteri Pendidikan pada 8 Januari 2015 bahawa sekolah-sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersihan dan pemulihan serta setelah mengambilkira faktor kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa banjir yang masih berada di sekolah-sekolah yang menjadi Pusat Pemindahan Sementara.

Senarai Sekolah Terlibat Dengan Penundaan Sesi Sekolah 2015 Seminggu Lagi
Penundaan Sesi Sekolah 2015 Seminggu Lagi
PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN/ AGENSI KERAJAAN
KPM juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan sukarela daripada seluruh negara, pasukan tentera, polis BOMBA, ibu bapa, guru-guru termasuk daripada agensi-agensi kerajaan lain yang telah bertungkus lumus membantu membersih serta memulihkan keadaan sekolah-sekolah terlibat banjir di semua negeri yang terlibat. Sesungguhnya kerjasama, komitmen dan solidariti yang ditunjukkan tersebut telah memperkukuhkan lagi iltizam KPM untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara ke tahap lebih tinggi demi kemajuan anak bangsa di masa hadapan.
Terima kasih.
DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
9 Januari 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604