Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi berkata
Kaum bumiputera di negara ini masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta.“Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja bumiputera iaitu 70.3 peratus, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9 peratus.
Perkara ini dibuktikan melalui kajian akademik oleh Dr. Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temuduga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina juga ditemuduga walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama.
“Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, bahawa pekerja bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan bumiputera,” katanya - UTUSAN ONLINE
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI