Malaysia lawan Thailand petang ini jam 500 adalah perlawanan paling penting buat skuad Harimau Malaya dalam pemburuan tiket ke peringkat Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014.
Pertemuan Malaysia menentang juara tiga kali Thailand di Stadium Jalan Besar merupakan aksi kedua Malaysia dalam Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014. Sebelum ini skuad Harimau Malaya hanya mampu seri 0-0 dengan Myanmar di mana Malaysia bermain dengan 10 orang hampir satu jam perlawanan akibat 2 kad kuning yang diberikan kepada Gary Robbat.
Anak buah Dollah Salleh khususnya bahagian pertahanan tahu bahawa ujian lebih mencabar bakal mereka temui dalam misi untuk melepasi halangan peringkat kumpulan.
Selepas perlawanan dengan Thailand, Malaysia akan membuat perhitungan terakhir Kumpulan B dengan juara bertahan Singapura di Stadium Nasional Sabtu ini.
Saksikan perlawanan ini secara langsung / live streaming di LINK di bawah ini
LINK 1
LINK 2
LINK 3