Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015 | BAJET 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat mencadangkan untuk peningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan.
Syaratnya ialah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:
Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.
MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat.
Bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan secara umumnya rendah adalah isu yang sudah dipersetujui bersama oleh banyak pihak. Kita juga bersetuju bahawa ini adalah isu yang akan jadi beban kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan betul dan perlu ditangani segera.
PM dalam ucapannya pada pembentangan Bajet 2015 menyebut lagi betapa dianggarkan kira-kira 53,000 graduan masih belum dapat kerja biarpun enam bulan selepas habis belajar. Langkah menaikkan tahap lulus MUET itu adalah untuk membantu graduan lebih yakin diri dan ada kemahiran komunikasi untuk masuk ke pasaran kerja.
Isunya ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang perlu diperingkatkan. Ini isu kita bersama. Ini isu yang sedang menghantui kita sekarang -- dan akan terus menghantui kita bertahun-tahun akan datang -- jika tidak dicarikan penyelesaiannya dengan segera.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI