Tarikh Bayar Gaji Kakitangan Awam Oktober 2014 Diawalkan | Berita baik untuk kakitangan perkhidmatan awam apabila Jadual Gaji Rasmi 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia memaklumkan yang kakitangan awam akan menerima gaji lebih awal pada bulan Oktober 2014 iaitu 9 hari awal dan bakal di bayar pada Khamis 16 Oktober 2014.
Punca pembayaran gaji awal ini dibuat kerana perayaan Deepavali bakal jatuh pada 22 Oktober 2014. Sebelum ini tarikh perayaan telah ditukar daripada 23 Oktober ke 22 Oktober 2014.