Keputusan tersebut dipersetujui pada hari ini, selepas selesai perbincangan bersama antara Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pengurus Terengganu, Marzuki Sulong dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya di Wisma FAM.
Ayuh penyokong Harimau Selatan, pastikan kita tetap bersatu hati dalam apa jua perkara. Kembali meriahkan stadium, teruskan menyokong dan kembalikan semangat berjuang pasukan Merah, Biru dan Putih.
Pesanan buat para tetamu, kedatangan anda akan disambut dengan penuh semangat persaudaraan. Bola sepak bukan sukan untuk memecahbelahkan perhubungan, sebaliknya ia perlu menjadi alat pengerat silaturahim. Pihak PBNJ juga telah membuat perbincangan dengan pihak PDRM negeri Johor demi keselamatan para tetamu dan penyokong pada keseluruhannya.
Selamat datang kami ucapkan ke negeri Johor.