
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan bahawa pesara Kerajaan akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250.
Perdana Menteri berkata beliau berharap bantuan kewangan akan meringankan beban penjawat awam dan pesara.
Pada bulan Julai, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bantuan kewangan khas itu adalah untuk penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.
Pada pembentangan Bajet 2014 tahun lalu, Najib telah mengumumkan peningkatan 81 skim perkhidmatan.
Dalam Bajet ini, beliau berkata kerajaan akan terus meningkat 252 skim perkhidmatan lain untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.
Berikut adalah teks ucapan Perdana Menteri berkenaan dengan pemebrian bonus ini
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam
189. Sebagai penutup, seperti biasalah..., seperti biasalah..., buah yang ranum, sudah pun mahu gugur. Makanya, sukacita saya mengumumkan, pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum 500 ringgit. Pemberian bonus ini akan dibayar pada bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas diberi sebanyak 250 ringgit.
190. Saya berharap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam, terutamanya kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan nanti