Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Penempatan Guru Baru Lepasan Universiti Dan IPG Ikut Kekosongan

$
0
0

IPGPenempatan Guru Baru Lepasan Universiti Dan IPG Ikut Kekosongan | Semua penempatan guru baharu lepasan universiti mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuat mengikut kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh sesuka hati menghantar guru-guru baharu ke negeri-negeri tertentu yang tidak menepati opsyen hingga boleh menyebabkan bilangan guru opsyen yang berlainan terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi opsyen mereka.
"Sekiranya terdapat kekosongan opsyen yang diperlukan oleh sesebuah negeri, maka guru yang mempunyai opsyen akan dihantar bagi memenuhi keperluan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Raya Aidiladha Parlimen Besut yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu di sini hari ini.
Justeru Idris meminta guru yang masih belum menerima tawaran supaya bersabar kerana KPM sedang meneliti kekosongan itu - BH online 5 Okt 2014
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>