Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Terkini Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah

$
0
0
Terkini Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah | Sebuah bot tempur jenis CB90H dengan nombor pendaftaran CB204 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinaiki sepasukan anggota TLDM dipercayai terputus hubungan di pantai Sabah, petang tadi.
bot tempur tldm cb90hMenurut sumber, anggota dan bot berkenaan yang turut diiringi sebuah kapal TLDM, KD Paus berlepas dari Pengkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) menuju ke gugusan Semarang Peninjau.
Namun, selepas beberapa jam perjalanan, kedua-duanya meminta untuk berpatah balik ke PTKK berikutan cuaca buruk.
Bagaimanapun, bot tempur berkenaan tiba-tiba hilang dipercayai dipukul ombak.
Berikutan itu, kapal pengiring berkenaan cuba berkali menghubungi bot terbabit, selain menjalankan operasi pencarian di sekitar Pulau Mangalum dan Pulau Gaya, namun gagal.
Serentak itu, kapal berkenaan menghubungi PTKK bagi memaklumkan mengenai insiden itu, sebelum satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan dan difahamkan ia masih berjalan.
Aset udara serta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut dikerah dalam operasi SAR terbabit.
Jumlah anggota yang berada dalam bot tempur berkenaan tidak lagi dimaklumkan dan status mereka sehingga kini masih belum dikenal pasti - BH online

Terkini
Sebuah bot tempur bersama tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah, pagi Ahad masih belum ditemui setakat 8 pagi tadi.
Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya hari ini berkata, kapal diraja (KD) Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Berani dan KM Mabul, masih meneruskan pencarian bot tempur CB90.
"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.
"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi. - BERNAMA

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membahagikan kawasan pencarian bot tempur CB204 bagi memudahkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op SAR) tujuh anggota kapal terbabit kepada empat sektor di sekitar perairan pantai barat Sabah, pagi ini.
Terkini Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah
Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dalam twitter beliau berkata sektor terbabit iaitu A,B, C dan D membabitkan enam kapal TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
TLDM mengerahkan empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Pari, KD Serang dan KD Ganas, manakala APMM menghantar Kapal Maritim (KM) Mabul dan KM Berani bagi membantu operasi berkenaan.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>