Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Faedah Daripada Pembukaan Plaza Tol Bukit Gambir, Johor Yang Baru

$
0
0
Plaza Tol Bukit Gambir

Faedah Daripada Pembukaan Plaza Tol Bukit Gambir, Johor Yang Baru | Pembukaan persimpangan bertingkat beri manfaat penduduk Muar, Ledang

Tangkak: Jika sebelum ini Plaza Tol Pagoh dan Tangkak sentiasa sesak setiap kali cuti panjang, kini masalah itu diatasi dengan pembukaan Plaza Tol Bukit Gambir.

Plaza tol baharu itu dibuka sepenuhnya mulai hari ini selepas pembukaan secara rasmi disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. 

Muhyiddin berkata, persimpangan bertingkat Bukit Gambir ini dapat menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan di plaza tol sedia ada di Tangkak dan Pagoh. 


Kos RM108 juta
Katanya, projek persimpangan itu dimulakan pada Ogos 2010 dengan kos RM108 juta yang dibiayai sepenuhnya PLUS, selain kos pengambilan tanah RM7 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan.

“Pembukaan persimpangan bertingkat ini memberi manfaat kepada penduduk daerah Muar dan Ledang, selain menjadi kemudahan akses kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS),” katanya ketika merasmikan pembukaan persimpangan bertingkat itu.

Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Muhyiddin berkata, kejayaan projek berkenaan adalah manifestasi kerajaan yang sentiasa mengutamakan kemudahan rakyat - BH online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>