Punca Mizz Nina Buat Keputusan Tidak Akan Menyanyi Dihadapan Penonton Lelaki | Penyanyi Mizz Nina membuat keputusan untuk tidak mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sekembalinya dari mengerjakan haji November lalu.
Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh itu berkata, demikian selepas melancarkan bengkel sempena Hari Hijab Sedunia, di sini, semalam
Katanya, keputusan itu dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah.
“Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.
“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” katanya - BH online