Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kenapa Pelajar SPM Yang Cemerlang Gagal Memasuki IPTA

$
0
0
Kenapa Pelajar SPM Yang Cemerlang Gagal Memasuki IPTA

Gagal Memasuki IPTAAda beberapa kes yang telah dirujuk tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, satu analisa telah dibuat secara terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

Keputusan SPM yang diperoleh 2 calon (contoh kes sebenar)

Kenapa Pelajar SPM Yang Cemerlang Gagal Memasuki IPTA

Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
– Digunakan sebagai benchmark
– Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain


Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA
Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan

Pengiraan merit
Kenapa Pelajar SPM Yang Cemerlang Gagal Memasuki IPTA

Sebagai Perbandingan dan Panduan
  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah
  • Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
  • Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

Andaian Salah oleh pelajar
Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
  • Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
  • Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
  • Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA
Rumusan dan panduan
  1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
    1. Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
    2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain
  2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain– yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
  3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

Sumber : http://halatuju.com/main/?page_id=118


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>