Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Malaysia Tambah Lagi Pungutan Pingat Hari Ini Sukan Asia 2014

$
0
0
Malaysia Tambah Lagi Pungutan Pingat Hari Ini Sukan Asia 2014 | Atlet Olimpik negara, Nur Suryani Taibi berjaya memenangi pingat perak dalam acara menembak 50 meter rifle prone wanita di Sukan Asia di Incheon, pagi ini.
Nur Suryani Taibi perak sukan asia 2014
Bonus tambahan adalah pasukan negara turut memenangi gangsa dalam acara sama.
Ia dihasilkan oleh trio - Suryani, Nur Ayuni Farhana Halim dan Muslifah Zulkifli.
Dalam acara individu, Suryani meraih perak mengatasi penembak Korea Selatan, Eum Bit-Na walaupun kedua-dua merakamkan catatan sama 620.6. Tapi, penembak veteran negara diumumkan pemenang tempat kedua berpandu kepada keputusan baik pada siri terakhir dengan 103.5.
Pingat emas dimenangi ibu berusia 29 tahun dari Mongolia, Narantuya Chuluunbadrakh yang mencatat 624.1 mata - hanya empat sahaja di luar rekod dunia milik penembak Jerman, Beate Gauss pada kejohanan dunia di Sepanyol, bulan ini.
Dalam acara berpasukan, trio Malaysia menyudahkan cabaran memenangi gangsa dengan catatan keseluruhan 1853.6.
Emas dimenangi tuan rumah, Korea Selatan apabila gandingan Eum, Jeong Mi-Ra dan Na Yoon-Kyung berjaya mengumpul 855.5 dengan perak menjadi milik China, 1854.1.
Ini adalah dua pingat pertama untuk kontinjen negara dalam acara menembak sejak hari pertama kejohanan.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>