Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Antara Pemain Bakal Ganti Lee Chong Wei

$
0
0
Ganti Lee Chong Wei
Antara Pemain Bakal Ganti Lee Chong Wei | Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi isyarat kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) supaya segera mengetengahkan pemain pelapis dalam usaha mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei.
Khairy mengakui beberapa kali berjumpa dengan pengurusan BAM dan sentiasa membincangkan mengenai masalah perseorangan lelaki negara.
“Kita sedar usaha dilakukan untuk mencari pemain baru terutama perseorangan lelaki, selepas beberapa pengalaman sebelum ini (perseorangan lelaki kecundang),” katanya.

Jelasnya, BAM hanya mengharapkan Chong Wei Feng dan Liew Daren saja selain Chong Wei.
“Wei Feng masih lagi dalam program, Daren pula BAM akan kaji semula khidmatnya. Jadi saya meminta supaya mereka memberi peluang kepada lapisan kedua (pelapis) untuk tampil ke depan.

“Beberapa pemain beraksi dengan baik di peringkat remaja seperti Zulfadli Zulkiffli dan Misbun Ramdan Misbun,” katanya.

Khairy juga menggesa BAM supaya melihat bagaimana latihan yang berkesan untuk melatih pemain itu.

“Chong Wei memang tidak akan berhenti bermain sekarang tapi pada satu ketika dia akan bersara juga, sekarang umurnya sudah 31 tahun mungkin dia akan beraksi dua tahun lagi tapi selepas itu kita kena ada pengganti.

“Ini yang saya katakan perlu berikan pendedahan kepada mereka (pelapis), mereka (BAM) bukan tidak buat kerja tapi hendak melahirkan juara ia mengambil masa,” katanya - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>