Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Polisi Baru Semua Pelajar IPTA Wajib Lulus Bahasa Inggeris

$
0
0
Wajib Lulus Bahasa Inggeris

Polisi Baru Semua Pelajar IPTA Wajib Lulus Bahasa Inggeris | CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan setiap pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajib lulus kursus Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian di universiti masing-masing.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, polisi baharu kerajaan itu juga sudah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak demi melahirkan graduan bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemangkin Kebolehpasaran Graduan (CGEE) 2014, di sini, hari ini.
CGEE adalah program yang bertujuan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan dengan memberikan latihan dan pendedahan kepada mereka selain menawarkan peluang pekerjaan di akhir program berkenaan di Cyberjaya.
Ia memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat terkemuka di Cyberjaya sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka di syarikat yang terbabit.
Katanya, dalam masa tiga tahun akan datang dijangka kira-kira 10, 000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Cyberjaya, justeru pelaksanaan program CGEE 2014 ini berada pada landasan yang sangat tepat - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>