Blogger Ugut Bunuh MB Kedah Bebas Dengan Jaminan Polis | Alor Setar: Seorang blogger yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya mengambil keterangan blogger berusia 37 tahun berkenaan dan siasatan diteruskan bagi menyelesaikan kes berkenaan.
“Setakat ini, kami beri jaminan polis kepadanya kerana masih meneruskan siasatan lebih lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Op Selamat 5/2014 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini, semalam.
Pada 11 Julai lalu, blogger berkenaan memberi komen mengugut menembak Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Syed Masri.
Pada 11 Julai lalu, blogger berkenaan memberi komen mengugut menembak Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Syed Masri.
Antara komennya pada gambar Mukhriz dan Syed Unan dalam laman sosial Facebook ialah mahu menembak mereka jika ada pihak yang sanggup memberinya pistol dan peluru - myMetro
Follow @rossacalla