Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.
"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Nama itu ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini.
Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.
Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.
Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid - mStar online
Follow @rossacalla