Adnan Januzaj - Pemain Muda Man United Kecam Israel
“Wahai Israel, kamu boleh bunuh Muslim, tetapi tetapi kamu tidak boleh bunuh Islam.” - Adnan Januzaj.
Kenyataan berani itu terpampang di laman Twitter milik bintang muda itu dan ia pantas menarik perhatian, apatah lagi ketika penduduk di Gaza terus menjadi mangsa kerakusan Israel yang entah bila akan berakhir.
Januzaj, 19, baru saja selesai mengharungi kempen Piala Dunia bersama Belgium dan kini bersiap sedia untuk menyarung jersi Manchester United untuk musim keduanya. Dia bagaikan tersentak dengan nasib umat Islam di tanah bergolak itu.
Meskipun tiada sebarang ulasan diberikan pemain itu berikutan kenyataannya lantaran dia lebih senang memberikan fokus terhadap karier bola sepak namun ia sedikit sebanyak menunjukkan keprihatinan sesama Muslim yang baginya hidup ‘umpama satu badan’.
Namun, apa yang menariknya, berita mengenai langkah Januzaj yang menyertai skuad senior United tahun lalu sejak menyertai skuad remaja kelab sama pada 2011, mencetuskan sensasi baru dalam kalangan peminat bola sepak.
Ini berikutan dia dikatakan satu-satunya pemain beragama Islam yang berada di United selepas Mame Biram Diouf berpindah ke Hannover pada Januari 2012 - myMetro
Follow @rossacalla