Lokasi Perintah Berkurung Di Sabah 2014 | Perintah berkurung diisytiharkan di enam daerah di negeri ini melibatkan keluasan perairan 121,272 batu persegi dari Tanjung Pudaras di Sandakan sehingga jeti Tawau.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah tersebut akan bermula hari ini sehingga 2 Ogos depan.
Katanya, antara daerah yang terlibat ialah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak, dan Tawau.
"Perintah berkurung akan bermula dari jam 6 petang hingga 6 pagi dan hanya membabitkan kawasan perairan di daerah-daerah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi. - KOSMO!
kredit Kosmo dan myMetroFollow @rossacalla