Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Iklan Hari Raya Petronas 2014 'Ke Pangkuan Bonda'

$
0
0
Iklan Hari Raya Petronas 2014

Iklan Hari Raya Petronas 2014 'Ke Pangkuan Bonda' | Petronas sekali lagi melancarkan sebuah kempen sempena Hari Raya Aidilfitri 2014 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Filem web selama tiga minit itu mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.


Penonton juga dibawa mengimbau suasana sambutan Hari Raya sewaktu kanak-kanak dan gelagat masing-masing ketika rumah dipenuhi ahli keluarga dan saudara-mara.


Filem ini ditayangkan dengan iringan lagu klasik 'Suasana Hari Raya' yang dimainkan menggunakan ukelele, dan disiarkan di laman Youtube rasmi Petronas, iaitu http://youtube.com/PETRONASOfficial mulai hari ini.

Selain web, filem pendek yang bertajuk 'Ke Pangkuan Bonda' itu juga akan disiarkan di seluruh negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, sebagai iklan 60 saat yang merupakan rangkuman daripada filem tersebut.

Saksikan 'Ke Pangkuan Bonda':



Astro Awani




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>