Perkhidmatan Bas Percuma Johor Bahru JB Dihatiku | Bas percuma untuk kegunaan orang ramai bagi sekitar bandaraya Johor Bahru akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam bagi laluan Larkin-JB Sentral-MBJB-Jalan Wong Ah Fook-Larkin dengan kekerapan perkhidmatan setiap 20 minit.
Perkhidmatan percuma itu melibatkan kos RM2.19 juta itu ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membabitkan perjalanan dari Larkin Sentral ke pusat bandar raya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sebahagian daripada inisiatif menangangani kos sara hidup rakyat.
Dalam pada itu MBJB pula menjelaskan, perkhidmatan bas percuma itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan perkhidmatan percubaan bermula 8 Ogos hingga 7 Sept ini yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini.
Operasi sepenuhnya perkhidmatan itu dijadualkan pada 8 Sept ini yang mana perkhidmatan percuma itu ditawarkan kepada pemegang kad perjalanan MBJB.
MBJB akan menawarkan 3,000 kad secara percuma serta kad tambahan pada harga diskaun RM5 sementara stok masih ada. Harga kad biasa dijual pada RM10.
Pendaftaran kad percuma itu boleh didapati di kaunter yang dibuka oleh MBJB di Larkin dan JB Sentral bermula 22 Ogos ini.
Follow @rossacalla