Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kadar BLR Maybank Yang Baru Bermula 16 Julai 2014

$
0
0
Kadar BLR Maybank

Kadar BLR Maybank Yang Baru Bermula 16 Julai 2014Maybank akan menyemak semula kadar asas pinjaman (BLR) dan deposit berkuat kuasa 16 Julai 2014 sejajar peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas. 

Kadar deposit Maybank akan dinaikkan sebanyak 15 mata asas manakala BLR dinaikkan 25 mata asas daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus setahun, kata Maybank dalam satu kenyataan di sini. 


Kadar asas pembiayaan (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd juga akan turut dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 6.85 peratus. 

Kali terakhir Maybank membuat semakan BLR dan BFR, Maybank Islamic adalah pada 11 Mei 2011 apabila masing-masing dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus - BH online





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604