Pemilik Akaun Facebook Padi Jantn Ugut Tembak MB Kedah | ALOR SETAR 11 Julai - Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook Padi Jantn yang telah membuat ugutan untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, laporan kepada pihak polis mengenai perkara tersebut telah dibuat di Balai Polis Padang Lalang, Langkawi hari ini atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.
"Kami menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Follow @rossacalla