Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3

$
0
0
Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3. Pemilihan aliran tingkatan untuk pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bergantung kepada keputusan PT3 anda. Faktor lain dalam menentukan pemilihan aliran Tingkatan 4 adalah kemampuan, minat pelajar, tunjuk ajar/minta pendapat  guru dan solat istikharahJadi secara dasarnya, keputusan peperiksaan adalahSyarat utama kelayakandalam pemilihan aliran ke Tingkatan 4.
 
Pendidikan sekolah menengah selepas tamat pendidikan sekolah rendah (selepas Tingkatan 1 dan 2) iaitu selepas peperiksaan PT3 (dahulunya UPSR) terbahagi kepada dua peringkat iaitu :
  • 1) Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  • 2) Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Mata Pelajaran Sekolah Menengah

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah

A. Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)

Ianya merangkumi pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Berikut adalah Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah untuk panduan pelajar dan ibu bapa semua :-
Subjek TerasSubjek Pilihan
Bahasa MelayuPendidikan Islam
Bahasa InggerisMoral
SainsKemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
Sejarah Kemahiran Hidup: Pertanian
GeografiKemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
MatematikKemahiran Hidup Bersepadu
Bahasa-bahasa Eropah
Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dahulunya, Penilaian Menengah Rendah (PMR).

B. Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Aliran utama dalam pendidikan menengah atas:

  1. Aliran Akademik (Sains/Sastera)
  2. Aliran Teknik dan Vokasional
  3. Aliran Agama

1. ALIRAN SAINS DAN SASTERA

Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

2. ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Selepas tamat PT3 atau PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
    1. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    2. Pengajian Kejuruteraan Awam
    3. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
    4. Pertanian
    5. Perdagangan
    6. Pengurusan Makanan
    7. Pengajian Pakaian
      Juga murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
        1. Elektrik
        2. Elektronik
        3. Automotif
        4. Katering
        5. Pengaturcaraan Komputer
          Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

          Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

          Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

          SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH: TINGKATAN 1 - 3


          Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
          Bahasa MelayuGeografiBahasa Cina
          English LanguagePendidikan JasmaniBahasa Tamil
          MathematicsPendidikan KesihatanBahasa Arab
          ScienceKemahiran HidupBahasa Iban
          SejarahPendidikan Seni VisualBahasa Kadazandusun
          Pendidikan IslamPendidikan MuzikBahasa Jepun
          Pendidikan MoralBahasa Perancis
          Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanBahasa Jerman

          SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH ATAS: TINGKATAN 4 - 5


          Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran TambahanMata Pelajaran Elektif
          Bahasa MelayuPendidikan JasmaniBahasa Cina1. Kesusasteraan Melayu
          English LanguagePendidikan KesihatanBahasa Tamil2. Literature in English
          MathematicsBahasa Arab3. English for Science and Technology
          ScienceBahasa Iban4. Pendidikan Seni Visual
          SejarahBahasa Kadazandusun5. Pendidikan Muzik
          Pendidikan IslamBahasa Jepun6. Geografi
          Pendidikan MoralBahasa Perancis7. Ekonomi Asas
          Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanBahasa Jerman8. Additional Mathematics
          9. Additional Science
          10. Physics
          11. Chemistry
          12. Biology
          13. Information and Communication Technology
          14. Reka Cipta
          15. Sains Sukan
          16. Pembinaan Domestik
          17. Membuat Perabot
          18. Seni Reka Tanda
          19. Kerja Paip Domestik
          20. Pendawaian Domestik
          21. Kimpalan Arka dan Gas
          22. Menservis Automobil
          23. Menservis Motosikal
          24. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
          25. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
          26. Rekaan dan Jahitan Pakaian
          27. Katering dan Penyajian
          28. Pemprosesan Makanan
          29. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
          30. Hiasan Dalaman Asas
          31. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
          32. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
          33. Landskap dan Nurseri
          34. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
          35. Tanaman Makanan
          36. Grafik Berkomputer
          37. Produksi Multimedia
          38. Mechanical Engineering Studies
          39. Civil Engineering Studies
          40. Electrical & Electronic Engineering Studies
          41. Engineering Drawing
          42. Pengajian Agroteknologi
          43. Sains Pertanian
          44. Pengajian Keusahawanan
          45. Perdagangan
          46. Prinsip Perakaunan
          47. Pengajian Pakaian
          48. Pengurusan Makanan
          49. Ekonomi Rumah Tangga
          50. Engineering Technology
          51. Fundamentals of Programming
          52. Program and Development Tools
          53. Pola Pakaian
          54. Membuat Pakaian
          55. Roti & Makanan Yis
          56. Patisserie
          57. Penyediaan Masakan Barat & Timur
          58. Penyediaan Makanan & Minuman
          59. Persolekan
          60. Dandanan Rambut
          61. Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
          62. Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
          63. Bahan Binaan
          64. Teknologi Binaan
          65. Prinsip Elektrik & Elektronik
          66. Aplikasi Elektrik & Elektronik
          67. Pemesinan Berkomputer
          68. Amalan Bengkel Mekanikal
          69. Penyejukan
          70. Penyamanan Udara
          71. Automotif Kenderaan
          72. Automotif Elektrik dan Disel
          73. Kimpalan Arka
          74. Kimpalan Gas
          75. Kejenteraan Pertanian
          76. Hortikultur Hiasan & Lanskap
          77. Pengeluaran Tanaman
          78. Pemprosesan Hasil Pertanian
          79. Pengeluaran Ternakan
          80. Teknologi Pejabat Perniagaan
          81. Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
          82. Perakaunan Perniagaan
          83. Applied Science
          84. Animasi dan Rekabentuk Penerbitan
          85. Penerbitan Multimedia Kreatif
          86. Sistem Sokongan Komputer
          87. Sistem Sokongan Rangkaian
          88. Asas Kemahiran Pelancongan
          89. Pelancongan dan Rekreasi
          90. Bahasa Arab Tinggi
          91. Tasawwur Islam
          92. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
          93. Pendidikan Syariah Islamiah
          SUMBER MOE

          Semoga Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3 ini dapat memberikan sedikit panduan kepada pelajar dalam memilih aliran yang betul untuk Tingkatan 4 nanti.


          Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2016 SMKA SABK KRK KAA Online

          $
          0
          0
          Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2016 Online Dan SMS. Pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu SMKA SABK KRK KAA, semakan keputusan permohonan Sekolah Kawalan 2016akan diumumkan pada Ahad, 20 Disember 2015 (Tarikh tahun lepas : 26 Disember 2014).
          Tarikh rasmi akan diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my/ di ruangan pemberitahuan dan e-perkhidmatan berkala. Terkini : Semakan Tawaran ke Sekolah Kawalan 2016 boleh disemak bermula 20 Disember 2015 bermula jam 1000 pagi di https://public.moe.gov.my/ 
          Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2016

          SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN 2016 ONLINE DAN SMS

          Semakan keputusan boleh di buat melalui 2 kaedah/ cara iaitu semakan online dan SMS.


          SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH KAWALAN 2016 ONLINE DAN SMS
          TARIKH RASMI AHAD 20 Disember 2015
          SEMAKAN ONLINEhttps://public.moe.gov.my
          SEMAKAN SMSCARA 1 : Taip: MOE (jarak) SKWL (jarak) Angka Giliran UPSR
          Contoh:  MOE SKWL BB0000007 hantar ke 15888
          CARA 2 : Taip: MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR
          Contoh:  MOE SKKAWALAN BB0000007 hantar ke 15888

          Semoga berjaya kepada pemohon Sekolah Kawalan 2016 SMKA SABK KRK KAA Online semua.

          Senarai Pasar Malam Di Kuala Lumpur

          $
          0
          0
          Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kuala Lumpur. Siapa yang tidak pernah pergi pasar malam? Pasar malam adalah sejenis pasar jalanan yang menjual pelbagai barangan dan biasanya terdapat di kawasan perumahan atau tempat tumpuan orang ramai terutama bandar besar seperti JB dan lain-lain lokasi. Masa perniagaan biasanya bermula dari lewat petang hingga tengah malam. Berikut disertakan Senarai Pasar Malam Di Kuala Lumpur (KL) untuk panduan semua. 

          lokasi Pasar Malam Di Kuala Lumpur

          Kebanyakkan pasar malam dikunjungi oleh ramai pengunjung kerana harga jualan yang berpatutan serta pelbagai barangan ada dijual dari makanan, sayur-sayuran, buah-buahan, termasuk barang permainan kanak-kanak, baju dan sebagainya. 

          Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kuala Lumpur (KL)


          BilLokasiParlimenBilLokasiParlimen
          1Jalan Kangsar Off Jalan IpohBatu26Rumah Pangsa Gombak 1aWangsa Maju
          2Taman Sri MurniBatu27Jalan 25/56, Keramat WangsaSetiawangsa
          3Sentul Pasar Dalam 4bBatu28Jalan 133, KepongKepong
          4Seksyen 1, Wangsa MajuWangsa Maju29Taman Connought, CherasBandar Tun Razak
          5Taman Miharja Fasa 11Cheras30Jalan 2a/146, Desa Tasek, Sg BesiBandar Tun Razak
          6Kg Kerinchi, Bangsar (I)Lembah Pantai31Jalan Batu 2, Taman Batu MudaBatu
          7Desa Seri Mahkota, Bandar ManjalaraSegambut32Pantai Dalam, Bangsar (Rabu)Lembah Pantai
          8Taman Len Sen, CherasBandar Tun Razak33Jalan K, Taman Batu, SegambutBatu
          9Jalan Air Panas, SetapakSetiawangsa34Rumah Pangsa Sri Melaka, CherasBandar Tun Razak
          10Desa Pandan, Kg PandanTitiwangsa35Taman Desa PetalingBandar Tun Razak
          11Taman Sri Sinar, SegambutSegambut36Seksyen 10, Wangsa MajuSetiawangsa
          12Taman Koop Polis Fasa 2Batu37Jalan Kolam Air Off Jalan IpohBatu
          13Rumah Pangsa Razak MansionBukit Bintang38Kg Malaysia Tambahan, Sg. BesiBandar Tun Razak
          14Kg Pasir Lama Off Jln Klang LamaLembah Pantai39Jalan Wira, Kg. PandanTitiwangsa
          15Taman Kok Lian, SegambutSegambut40Rumah Pangsa Sri Pahang, BangsarLembah Pantai
          16Taman Datuk Senu, SentulBatu41Taman Beringin, JinjangBatu
          17Kg. Kasippillay Off Jalan IpohSegambut42Jalan Gempita, Salak SelatanSeputeh
          18Jalan Bangsawan, Bandar Tun RazakBandar Tun Razak43Kuchai Enterpreneurs ParkSeputeh
          19Rumah Panjang 1a, JinjangBatu44Kuaters Hospital Kuala LumpurTitiwangsa
          20Jalan Air Bah, SetapakSetiawangsa45Taman Sri Rampai, SetapakSetiawangsa
          21Taman Desa Bakti, SelayangBatu46Jalan 4/146, Bandar Tasek SelatanBandar Tun Razak
          22Taman Intan Baiduri, KepongBatu47Jalan Ikan Emas, CherasBandar Tun Razak
          23Taman Pertama Chera sCheras48Pkns Jalan KuchingSegambut
          24Taman Sri Petaling, Sg BesiSeputeh49Pasar Malam Awam Bandar Tun RazakBandar Tun Razak
          25Jalan Chemur, PekelilingTitiwangsa50Jalan Berhala, BrickfieldBukit Bintang


          BilLokasiParlimenBilLokasiParlimen
          51Kg. Haji Abdullah Hukum, BangsarLembah Pantai76Taman Bukit Anggerik, CherasBandar Tun Razak
          52Taman Sri Sentosa, Klang LamaLembah Pantai77Pantai Dalam, Bangsar (Sabtu)Lembah Pantai
          53Flat Sri Terengganu, SentulBatu78Taman Sri Bintang, KepongKepong
          54Jalan Kas-Kas, Taman CherasCheras79Pekan Sg. BesiBandar Tun Razak
          55Taman Tynton, CherasCheras80Taman Koop Polis Fasa 1Batu
          56Jalan Hujan Emas, OugSeputeh81Taman Sg. BesiSeputeh
          57Jalan A1/6, Taman Setapak IndahTitiwangsa82Lorong Tuanku Abdul RahmanBukit Bintang
          58Taman Melati, GombakWangsa Maju83Pasar Malam Bandar Tun RazakBandar Tun Razak
          59Jalan Ang Seng, BrickfieldLembah Pantai84Taman Miharja Fasa 1Cheras
          60Taman Mastiara, SegambutBatu85Jalan Kelab, JinjangKepong
          61Taman Segar, CherasCheras86Taman Tun Dr IsmailSegambut
          62Kg Kerinchi, Bangsar (J)Lembah Pantai87Jalan Kelapa Gading, SegambutSegambut
          63Jalan 20/2a, Taman Wilayah SelayangBatu88Taman Bukit Maluri, KepongSegambut
          64Kg. Cheras Baru, CherasCheras89Jalan Semarak, SetapakSetiawangsa
          65Taman Desa Off Jalan Klang LamaSeputeh90Jalan Selesa, Happy GardenSeputeh
          66Taman Kok Doh, SegambutKepong91Jalan Mergastua, KepongKepong
          67Taman Sri Endah, Sg. BesiBandar Tun Razak92Rumah Pangsa Sri Selangor, San PengCheras
          68Jalan Sibu 6, Taman WahyuBatu93Taman Maluri, CherasTitiwangsa
          69Bandar Baru SentulBatu94Titikaya, JinjangKepong
          70Jalan 31/10a, Taman Perindustrian IksBatu95Jalan Telawi, BangsarLembah Pantai
          71Jalan Udang Siar, SegambutSegambut96Taman Sri Kuching, Off Jalan IpohSegambut
          72Jalan Lazat, Happy GardenSeputeh97PPR Taman Batu MudaBatu
          73Jalan Rejang, Setapak JayaSetiawangsa
          74AU2 KeramatSetiawangsa
          75Taman Midah, CherasCheras

          SUMBER : DBKL
          Semoga Senarai Pasar Malam Di Kuala Lumpur ini dapat membantu kepada mereka yang ingin membeli keperluan barangan mereka sebagai alternatif kepada pembelian di pasaraya-pasaraya.

          Keputusan Undian UEFA Champions League Pusingan 16 Kalah Mati 2015/2016

          $
          0
          0
          Keputusan Undian Liga Juara-Juara Eropah Pusingan 16 Musim 2015/2016. Berikut adalah keputusan undian Champions League 2015-2016Pusingan 16 Kalah Mati (Liga Juara-Juara Eropah) yang telah berlangsung pada 14 Disember 2015. Keputusan undian menyaksikan 2 kelab dari Liga EPL England menghadapi perlawanan sukar dimana Chelsea akan bertemu PSG manakala Arsenal telah diundi bertemu juara bertahan dari La Liga Sepanyol, Barcelona. 

          Perlawanan menarik lain bakal menyaksikan juara Itali, Juventus bertemu juara Jerman, Bayern Munich. Manchester City pula bernasib baik apabila bertemu kelab Ukraine, Dynamo Kiev. Perlawanan Final Champions League 2016 akan diadakan di Stadium San Siro, Itali pada bulan Mei 2016 nanti. 

          jadual Champions League Pusingan 16 Kalah Mati 2015/2016

          JADUAL DAN TARIKH PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE PUSINGAN 16

          UNDIAN CHAMPIONS LEAGUE 2015/ 2016
          PASUKAN FIRST LEG SECOND LEG
          Paris Saint-Germain vs Chelsea – First leg February 16, second leg March 9
          Benfica vs Zenit St Petersburg – First leg February 16, second leg March 9
          Gent vs Wolfsburg – First leg February 17, second leg March 8
          Roma vs Real Madrid – First leg February 17, second leg March 8
          Arsenal vs Barcelona – First leg February 23, second leg March 16
          Juventus vs Bayern Munich – First leg February 23, second leg March 16
          PSV Eindhoven vs Atletico Madrid – First leg February 24, second leg March 15
          Dynamo Kiev vs Manchester City – First leg February 24, second leg March 15

          Manakah pasukan yang mampu menghalang dominasi pasukan dari Sepanyol dalam UEFA Champions League 2015/2016 kali ini? Bayern Munich, Man City atau PSG?



          Senarai Pemain JDT 2016 Johor Darul Ta'zim

          $
          0
          0
          Senarai Rasmi Pemain JDT 2016. JDT yang telah menjulang 3 piala pada aksi musim Liga bolasepak 2015, kini sedang mempersiapkan pasukan untuk Musim Liga Super Malaysia 2016. Saingan tahun depan dijangka lebih sengit dengan pasukan seperti Selangor, Kedah, Felda United dan lain-lain mampu merampas juara Liga Super dari JDT. 
          Pemain JDT 2016 rasmi

          Dijangkakan tiada banyak perubahan akan dilakukan oleh pasukan JDT pada musim depan dan beberapa pemain ternama dijangka berhijrah ke JDT dalam musim perpindahan pemain 2016 untuk memperkuatkan beberapa posisi yang dianggap lemah.


          Berikut adalah senarai pemain JDT 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Nantikan senarai rasmi pemain JDT 2016 dari masa kesemasa di FB Johor Southern Tigers.
          NONAMAPOSISISTATUS
          PENJAGA GOL
          1Mohd Farizal MarliasGK
          24Mohd Izham TarmiziGK
          Al-Hafiz HamzahGK
          Samuel Jacob SomervilleGK
          PERTAHANAN
          4Asraruddin Putra OmarLB,LWB,LM
          6Marcos AntônioCB
          7Aidil Zafuan Abdul RadzakCB,DM KEKAL
          12S.KunalanRM,RW / RB
          15Mohd Daudsu JamaluddinRB,LB,DM
          18Mahali JasuliRW / RB
          26Mohd Amer SaidinCB
          27Mohd Fadhli ShasCB / LB
          42Mohd Fazly MazlanLB,LWB
          MIDFIELD
          5Amirul Hadi ZainalCM KEKAL
          8Mohd Safiq Rahim DM / CM / AM KEKAL
          13Gary Steven RobbatDM / CM
          14Hariss HarunDM,CM,CB
          20Mohd Nazrin Mohd NawiLW / LM
          21Jasazrin JamaluddinCM / RM / RB
          23S.ChanturuRW / RM
          25Junior EldstalCB / DM
          PENYERANG
          10Safee SaliST
          17Mohd Amri YahyahST / AM
          19Jorge Pereyra DiazST KEKAL
          Mohd Azinee TaibST / AM BARU
          Luciano FigueroaSTBERSARA

          Antara nama yang dikaitkan ke JDT kali ini adalah Azzamuddin Akil (Alex), Martin Cauteruccio (Uruguay - San Lorenzo). 


          Semoga Senarai Pemain JDT 2016 Johor Darul Ta'zim ini mampu merealisasikan harapan JDT untuk berjaya di Malaysia dan rantau benua Asia.


          Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2015

          $
          0
          0
          Kadar Pengagihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB 2015. Menjelang hujung tahun pasti dinantikan oleh pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana pada waktu ini biasanya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan kadar pengagihan dividen dan bonus ASB. Untuk tahun 2015, kadar dividen dan bonus dijangka diumumkan pada minggu kedua bulan Disember 2015. Pada tahun lepas, ianya telah diumumkan pada 18 Disember 2014.


          Kadar pengagihan pendapatan ASB 2015

          Dalam pada itu ASNB telah memaklumkan yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 24 Disember 2015 hingga 3 Disember 2016 bagi pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2015.

          Untuk rekod, berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB tahun 2015 beserta rekod pengagihan untuk tahun-tahun lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga 2015.
           
          TahunKadar Dividen ASBKadar Bonus ASBJUMLAH
          (sen : unit)(sen : unit)(sen : unit)
          2015* akan dikemaskini* akan dikemaskini* akan dikemaskini
          20147.518.5
          20137.718.7
          20127.751.158.9
          20117.651.158.8
          20107.51.258.75
          20097.31.258.55
          200871.758.75
          2007819
          20067.31.258.55
          20057.251.759
          20047.2529.25
          20037.2529.25
          2002729
          20017310
          20009.75211.75
          19998.51.50 + 2.00 (special bonus)12
          199882.510.5
          199710.251.2511.5
          199610.25313.25
          199510313
          19949.54.514
          199394.513.5
          19927.5512.5
          19918.5412.5
          19908614

          Semoga Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2015 yang diumumkan nanti mampu memberikan kegembiraan buat pelabur semua.

          Contest Review Lynk.my 2015

          $
          0
          0
          Contest Review Lynk.my 2015 adalah satu pertandingan/ contest yang dianjurkan oleh Laman Web Lynk.my dan menawarkan hadiah bernilai RM4,000. Contest hebat, ringkas dan lumayan ini berlangsung selama lebih kurang DUA bulan, bermula dari 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. 

          Contest Review Lynk.my 2015 hanya boleh disertai oleh mana-mana blogger yang berwarganegara Malaysia dan penyertaan adalah terbuka kepada semua platform blogger namun tidak dibenarkan menggunakan domain atau subdomain yang mempunyai keyword terus kepada contest lynk. 

          Review Lynk.my 2015

          Contest Review Lynk.my 2015

          Lynk.my adalah salah satu laman web pemendekkan url (tool shorten) khusus buat Rakyat Malaysia yang membantu anda untuk mengingati url blog atau alamat web yang panjang.  
          Sebagai contoh...  http://www.panduanmalaysia.com/2015/11/contest-review-lynkmy-2015.html akan dipendekkan menjadi seperti ini http://lynk.my/SGS
          Lynk.my yang merupakan "Malaysian No 1 URL Shortener" adalah satu perkhidmatan inovatif yang membolehkan anda untuk mendapatkan wang dari setiap pengunjung ke pautan yang dipendekkan anda. 

          Selain Blogger.com, medium lain yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui Lynk.my adalah Facebook, Google+, WhatsApp, YouTube, Telegram dan sebagainya.

          Selain boleh menjana pendapatan, Lynk.my juga mempunyai banyak kelebihan seperti berikut :-
          • 1) Mudah digunakan
          • 2) Pendaftaran adalah Percuma
          • 3) Sistem yang selamat untuk digunakan
          • 4) Bayaran terus ke akaun bank anda

          Apa Yang Menarik Tentang Lynk.my

          1. Advertiser

          Beriklan di sesuatu platform web-web iklan amat mahal. Dengan menggunakan Lynk.my, semua orang boleh beriklan bermula dari hanya RM10. Tiada Yuran Pendaftaran Diperlukan. 

          2. Publisher

          Anda ingin membuat wang dalam talian cara pantas dan mudah. Sila kongsikan url yang telah dipendekkan di Lynk.my untuk mendapat bayaran yang dianggap tinggi berbanding pesaing lain.

          3. Dari Malaysia Untuk Malaysia

          Objektif utama Lynk adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk mengiklankan kedai mereka ataupun event serta lain-lain lagi aktiviti berkaitan yang memerlukan pengiklanan atau promosi.


          4. Kaedah Pembayaran Cara Mudah Secara Online

          Rakyat Malaysia suka menggunakan perbankan dalam talian untuk membuat atau menerima bayaran. Lynk menggunakan pembayaran secara online sebagai kaedah pembayaran utama dan mereka menerima hampir semua Akaun Bank utama di Malaysia. 


          5. Statistik Akaun Yang Lengkap

          Pengguna berdaftar Lynk boleh melihat statistik, graf dan negeri-negeri pelawat (geolokasi) terperinci bagi setiap satu shrinked Lynk Url.

            Cara Join Lynk.my

            Bagaimana untuk menyertai Lynk.my sebenarnya amat mudah. Beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-
            • Pergi ke Laman Utama Lynk.my
            • Klik " Join Now " 
            • Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan.
            • Jika anda memilih "Auto Choose", ia akan mendaftarkan anda sebagai Publisher Apabila anda telah selesai , klik pada "I Want to Join Lynk!".

            Login

            • Log masuk ke akaun Lynk.my anda.
            • Pendekkan mana-mana url/link kepada lynk di http://lynk.my/user/links
            • Sekarang tugas anda adalah untuk menyebarkan lynk tersebut melalui cara anda sendiri contohnya melalui status facebook , twitter , fanpages atau group. Sekarang anda akan dibayar untuk setiap orang yang klik pada pautan lynk.my anda.

            Menangi Hadiah Lumayan RM4,000 Untuk Contest  Review Lynk.my 2015

            Berikut adalah senarai kategori dan hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam contest review lynk.my 2015. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu :-

            A. TOP lynkUNDI

            1. Tempat Pertama - RM500
            2. Tempat Kedua - RM300
            3. Tempat Ketiga - RM100

            B. TOP SEO

            1. Tempat Pertama - RM500
            2. Tempat Kedua - RM300
            3. Tempat Ketiga - RM100

            C. TOP CREATIVE

            1. Tempat Pertama - RM1000
            2. Tempat Kedua - RM500
            3. Tempat Ketiga - RM200
            Jom meriahkan Contest Review Lynk.my 2015 ini untuk memenangi hadiah lumayan dalam 3 kategori dan terima kasih kepada Lynk.my yang sudi menganjurkan contest lumayan buat blogger-blogger di Malaysia semua.

            Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Contest Review Lynk.my 2015, sila klik pautan ini :-


            Pengumuman Untuk Pemenang

            1. Pemenang contest ini akan ditentukan pada 29 Disember 2015 melalui fanpages lynk.my, email, lynk.my, support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika mendaftar di system lynk.my.
            2. Hadiah akan diberikan secara pembayaran melaluiinternet banking dalam tempoh 3-14 hari bekerja selepas pemenang diumumkan.
            3. Hadiah Giveaway untuk penyertaan akan dipos dan akan diterima pemenang mengikut tempoh yang diberikan PosLaju.

            Semoga berjaya kepada semua peserta yang bertanding dalam Contest Review Lynk.my 2015.


            Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online

            $
            0
            0
            Cara Buat Permohonan PTPTN Secara Online. Untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Swasta kini lebih mudah dengan adanya pinjaman pendidikan PTPTN. Sila rujuk panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online di bawah ini untuk keterangan lanjut. Untuk makluman, fungsi utama PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran kepada pelajar di Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Malaysia. 

            PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan pembayaran balik secara berjadual. PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan produk tambahan yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. 

            cara buat permohonan online ptptn

            Berikut adalah cara-cara memohon pinjaman pendidikan PTPTN secara online yang dikongsi dari dari Portal Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN).

            Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN

            • Applikasi Permohonan : Sila Klik PTPTN Online. 
            • Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.

             

            Cara Memohon pembiayaan pendidikan PTPTN secara online

            Berikut diantara langkah-langkah untuk memohon PTPTN beserta syarat-syarat dan panduan permohonan :-
            1. Pelajar yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i diminta untuk membuka akaun di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Agrobank bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.
            2. Pelajar yang membuka akaun SSPN-i di Maybank dan Bank Rakyat boleh membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN pada hari yang sama manakala bagi pembukaan akaun SSPN-i yang dibuat di Bank Islam dan Agrobank, permohonan pembiayaan pendidikan hanya boleh dilakukan pada keesokan harinya.
            3. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.
            4. Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
              Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):
            5. Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
            6. No PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
            7. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
            8. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
            9. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.
            10. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor PTPTN pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG MASUK).
            11. Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor PTPTN yang baru untuk membuat permohonan baru.
            Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.


            Senarai Harga Barangan Terkawal Krismas 2015

            $
            0
            0
            Berikut adalah Senarai Harga Barangan Terkawal Krismas 2015 seperti diumumkan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Senarai harga 16 jenis barang­an harga terkawal ini dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015.

            Harga Barangan Terkawal Krismas 2015
            Harga barangan terkawal Krismas 2015


            Berikut adalah Senarai Harga Barangan Terkawal Krismas 2015 yang akan mula dilaksanakan pada 23 hingga 27 Disember 2015 mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipenca­tutan 2011.
            1. Ayam hidup
            2. Ayam standard
            3. Ayam super
            4. Telur ayam gred A
            5. Telur ayam gred B
            6. Telur ayam gred C
            7. Daging kambing tempatan bertulang
            8. Daging kambing biri-biri import bertulang
            9. Daging kambing biri-biri tanpa tulang
            10. Daging paha kambing biri-biri import bertulang
            11. Kepak ayam
            12. Tomato 
            13. Lada benggala hijau
            14. Babi Hidup
            15. Daging babi (perut)
            16. Daging babi (daging dan lemak)
            Barangan Terkawal Krismas 2015
            Grafik sumber Utusan Malaysia

            Pengguna boleh menyalurkan maklumat kepada kementerian jika terdapat peniaga yang tidak mematuhi undang-undang Senarai Harga Barangan Terkawal Krismas 2015 melalui talian bebas tol 1800886800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my atau hadir ke mana-mana pejabat KPDNKK berhampiran.


            Senarai Pemain Kedah FA 2016

            $
            0
            0
            Senarai Rasmi Pemain Kedah FA 2016 Di Liga Super Malaysia. Kedah yang beraksi cemerlang di Liga Malaysa 2015 dengan memenangi Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia merupakan salah satu pasukan yang perlu diberi perhatian dalam Liga Super Malaysia 2016.  Kesinambungan kejayaan lalu kini bergantung kepada sejauh mana Kedah mampu menarik nama besar pada musim perpindahan pemain 2016 Liga Malaysia yang sedang berlangsung.

            Skuad dengan gelaran Helang Merah (The Red Hawk), Sang Kenari (The Walnuts) dan Hijau Kuning (The Green Yellow) di bawah bimbingan jurulatih, Tan Cheng Hoe kini sedang mempersiapkan pasukan dan beberapa nama besar dijangka akan menyertai Kedah FA musim depan. Penyerang utama, Chidi Adeh telah mengesahkan untuk tidak kekal bersama Kedah dan tempatnya akn digantikan oleh bekas pemain Brazil skuad bawah 21 tahun iaitu Carlos Kahe.

            Pemain Kedah 2016
            Berikut adalah senarai pemain Kedah 2016 yang akan "dikemaskini dari masa kesemasa". Untuk maklumat berkenaan pasukan Kedah FA, anda boleh layari FB di FB Kedah FA.

            NONAMAPOSISISTATUS
            Goalkeepers


            1Abdul Hadi HamidGK
            21Syazwan AbdullahGK

            Farhan Abu BakarGKBARU (HMA)
            Defenders


            2Sabre Mat AbuRB, LB
            3Lew Han HungCB
            6Shafizan HashimCB, LB
            11Raphi AzizanRB, CB
            13Khairul HelmiCB
            15Rizal GhazaliST, RB
            16P. RajeshRB, CB
            24Fiqkry Mat IsaLB, LM
            48Alif FadhilLB, RB
            Midfielders


            4Bang Seung-HwanCB, CM, STKEKAL
            7Baddrol BakhtiarAM, CM, LM, RMKEKAL
            12Solehin KanasianLM, RM, LW, RW
            17Syazwan TajuddinRB, LB, CM
            19Farhan RoslanLM, RM, LW, RWKEKAL
            22Syazwan ZainonLM, LW
            23Hanif Mat DzahirCM
            49Liridon KrasniqiCM
            50Sandro da SilvaAM, CM
            Forwards


            8Shakir AliST
            10Carlos KaheSTBARU (IMPORT BRAZIL)
            20Syafiq AhmadST, LW

            Adalah diharapkan semoga Senarai Pemain Kedah FA 2016 ini mampu menjulang nama Kedah di persada bolasepak Malaysia tahun 2016 nanti.



            Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016 Online

            $
            0
            0
            Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016 Online. Bilakah tarikh pendaftaran dan kemaskini BR1M 2016? Berita baik buat mereka yang layak, Borang permohonan BR1M 2016 untuk permohonan baru dankemas kini BR1M untuk penerima sediada boleh dibuat secara online dalam talian atau secara manual mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2015. 
            Makluman terkini
            Pendaftaran BR1M 2016 kini dibuka untuk permohonan baru dan kemaskini bermula 5 hingga 31 Disember 2015. Semak status permohonan BR1M 2016 anda di BR1M 

            Cara Buat Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016

            Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M

            Borang BR1M 2016 Online

            Online

            Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2016 secara Online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/

            Manual

            Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini :-


            Borang  BR1M  2016  yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
            • i.Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
            • ii.Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP)
            • iii.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)
            • iv.Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

            Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2016 adalah seperti berikut:
            • i. Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
            • ii. Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda 

            SYARAT KELAYAKAN

            Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-
            1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
            2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
            3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
            4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
            5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
            Kemukakan Salinan:
            1. MyKad bagi pemohon
            2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
            3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
            Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.

            SKIM KHAIRAT KEMATIAN

            Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
             

            Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
            •  Sijil Kematian
            •  Kad Pengenalan Waris
            Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M 2015 di bawah ini atau layari FAQ Soalan Lazim BR1M 2016 di Soal Jawab.


            TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
            TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566

            BR1M 2015 Online

            Sebagai makluman, berikut adalah senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016.

            SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2016


            BILNAMA BANK
            1AFFIN BANK
            2AGRO BANK
            3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
            4AM BANK BERHAD
            5AL RAJHI BANK
            6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
            7BANK RAKYAT
            8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
            9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
            10CIMB BANK BERHAD
            11CITIBANK BERHAD
            12HONG LEONG BANK
            13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
            14MAYBANK
            15OCBC BANK
            16PUBLIC BANK BERHAD
            17RHB BANK BERHAD
            18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
            19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

            Semoga panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016 Online ini bermanfaat.

            Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015 Online

            $
            0
            0
            Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015/ 2016 Online. Semakan keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak secara online seperti butiran dan tarikh/masa berikut. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10 % bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam (UA). 

            Tempoh pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.
            Semakan Keputusan PSPM Online

            PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MATRIKULASI

            Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2015/2016

            • Keputusan PSPM I Sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 17-12-2015        bermula jam 10.00 pagi

            Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I Sesi 2015/2016

            • Keputusan PSPM I Sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 17-12-2015     bermula jam 10.00 pagi

            Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester III Sesi 2015/2016

            • Keputusan PSPM I Sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 17-12-2015    bermula jam 10.00 pagi

            Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015

            a) Semakan Online Melalui Laman Web

             

            b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

            • Taipkan MOE MAK<no kad pengenalan> hantar ke 15888
            • Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

             

            c) Panggilan Telefon

            • i. Kolej masing-masing.
            • ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844021

            Sumber : Unit Peperiksaan Matrikulasi Perak


            Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan ini.
             

            Keputusan Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015

            $
            0
            0
            Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan Malaysia 2015. Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 akan berlangsung pada Jumaat, 18 Disember 2015 di Sunway Convention Center, Selangor jam 8.30 malam. Pasukan JDT, Juara Liga Super dan Piala AFC 2015 telah mendominasi senarai pencalonan dengan Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 bakal diumumkan pada majlis ini.

            Selain pencalonan pemain terbaik setiap posisi, anugerah lain yang akan diumumkan adalah seperti berikut :-
            1. Penjaring Terbanyak Liga Super : Dramane Traore (PDRM FA) - 20 gol
            2. Penjaring Terbanyak Liga Perdana : Francis Forkey Doe (NS Matrix) - 17 gol
            3. Pasukan Bolasepak Terbaik : Akan dikemaskini
            4. Kelab Penyokong Terbaik : Akan dikemaskiniPemain Bolasepak Wanita Terbaik : Akan dikemaskini
            Keputusan pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015

            Berikut adalah senarai pencalonan kategori utama dan senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.

            * Keputusan akan dikemaskini dari masa kesemasa

            Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

            1. Penjaga Gol

            •     Khairul Fahmi (Kelantan)
            •     Khairul Azhan Khalid (Pahang)
            •     Farizal Marlias (JDT)


            2. Pertahanan Terbaik

            •     Shukor Adan (Felda United)
            •     Razman Roslan (Pahang)
            •     Aidil Zafuan (JDT)


            3. Pemain Tengah Terbaik

            •     Baddrol Bakhtiar (Kedah)
            •     Hafiz Kamal (Pahang)
            •     Safiq Rahim (JDT)


            4. Penyerang Terbaik

            •     Hazwan Bakri (Selangor)
            •     Amri Yahyah (JDT)
            •     Safee Sali (JDT)


            5. Pemain Import Terbaik

            •     Luicano Figueroa (JDT)
            •     Dickson Nwakamae (Pahang)
            •     Ali Ashfaq (PDRM FA)


            6. Jurulatih Terbaik

            •     Tan Cheng Hoe (Kedah)
            •     Mario Gomez (JDT)
            •     Zainal Abdidin Hassan (Pahang)


            7. Pemain Muda Terbaik

            •     Matthew Davies (Pahang)
            •     Farhan Roslan (Kedah)
            •     Nazmi Faiz (Selangor)

            Keputusan pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015

            Tahniah kepada pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 kali ini. Semoga anda terus berjaya dengan karier yang lebih gemilang tahun 2016 nanti.



            E-Penyata Gaji Semakan Online Kakitangan Awam Malaysia

            $
            0
            0
            E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM) bagi membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online. 
            • Jadual Gaji 2016 Kakitangan Kerajaan sila klik Jadual 2016
            e-penyata gaji

            E-Penyata Gaji Semakan Online Kakitangan Awam Malaysia. 

            E-Penyata Gaji Online ternyata memberikan kemudahan serta dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.

            Semak Penyata Gaji Online KLIK DI SINI 

            PANDUAN PENTING
            • Klik masuk ke Laman ANM
            • Pilih e-penyata Gaji & Laporan
            KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


            Permohonan Kemasukan UiTM 2016/ 2017 Online Sesi Akademik 1

            $
            0
            0
            Permohonan Kemasukan UiTM 2016/ 2017 Online Sesi Akademik 1Permohonan kemasukan pelajar ke UiTM Sesi Akademik 1 2016/2017 masih belum dibuka lagi. Jangkaan permohonan UiTM 2016 online dibuka adalah pada minggu kedua Januari 2016. Tahun lepas ianya telah dibuka bermula dari 12 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Maklumat terkini dan iklan kemasukan akan diumumkan di http://online.uitm.edu.my/


            Untuk makluman, permohonan kemasukan UiTM adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

            ** Tarikh rasmi permohonan ke UiTM 2016 dibuka akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari pihak UiTM.

            Permohonan UiTM 2016/ 2017 Online

            Syarat Permohonan Kemasukan UiTM 2015/ 2016 Sesi Akademik 1

            • 1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula dari * tarikh akan dikemaskini(Tahun lepas pada 12 Januari 2015 (Isnin)).
            • 2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014
            • 3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula ** Januari 2016 hingga ** Mac 2016 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum ** Januari 2016 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
            • 4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
            • 5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, TIADA pemulangan bayaran.

              Syarat Am Permohonan Ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM):

              • 1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
              • 2. Bumiputera Warganegara Malaysia
              • 3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
              • 4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
              • 5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
              • 6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON keperingkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi.

              Untuk maklumat lanjut sila layarihttp://pengambilan.uitm.edu.my atau hubungi

              Bahagian Pengambilan Pelajar
              Aras Bawah Bangunan UIC
              Universiti Teknologi MARA
              40450 Shah Alam
              Selangor
              No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
              Faks: (+603) 5544 3170
              Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/






              Senarai Pemain Selangor 2016

              $
              0
              0
              Senarai Rasmi Pemain Selangor FA 2016.Pasukan Selangor juara Piala Malaysia 2015 sedang dalam proses mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2016 dan Piala AFC 2016. Denganmengambil kira keperluan memantapkan pasukan untuk saingan, sedikit rombakan pemain telah dilakukan dalam musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2016.
               
              Sebagai sebuah pasukan yang paling berjaya di Malaysia, sudah tentunya pasukan Selangor - 'The Red Giants'akan terus mempamerkan persembahan terbaik untuk bersaing dengan pasukan hebat lain seperti Pahang, JDT, Felda United dan lain-lain lagi.

              Pemain Selangor FA 2016
              Berikut adalah Senarai Pemain Selangor 2016yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sumber FB Selangor FA

              Senarai Rasmi Pemain Selangor 2016


              NOPOSISIWARGANEGARANAMA PEMAIN
              1GKMALAYSIANorazlan Razali
              2GKMALAYSIAKhairul Azhan Khalid
              3GKMALAYSIAZarif Irfan Hishamuddin
              4DFAUSTRALIARobert Cornthwaite
              5DFMALAYSIAMuhd Shahrom Abdul Kalam
              6DFMALAYSIAMohd Azrif Nasrulhaq
              7DFMALAYSIAMohd Razman Roslan
              8DFMALAYSIAMohd Bunyamin Omar
              9DFMALAYSIARizal Fahmi Rosid
              10DFMALAYSIAMohd Azmi Muslim
              11MFINDONESIAAndik Vermansyah
              12MFMALAYSIAMohd Raimi Mohd Nor
              13MFMALAYSIANazmi Faiz
              14MFMALAYSIAS. Veenod
              15MFMALAYSIAMohd Hafiz Kamal
              16MFMALAYSIAR. Gopinathan
              17FWMALAYSIAAhmad Hazwan Bakri
              18MFMALAYSIAMohd Fitri Shazwan Raduwan
              19FWMALAYSIAAbdul Hadi Yahya
              20MFMALAYSIASaiful Ridzuwan Selamat

              Semoga senarai pemain Selangor 2016 ini mampu menjulang nama Selangor di persada bolasepak Malaysia musim depan.


              Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM Terkini

              $
              0
              0
              Contoh Pengiraan Markah Merit Ke IPTA. Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA terkini bagi Program Pengajian Lepasan SPMatau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.

              Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM

              Seperti dipetik dari Soalan-soalan Lazim (FAQ) Kemasukan ke UPU Sesi 2015/ 2016 (Panduan PDF di UPU 2015), berikut adalah dasar yang digunapakai dalam pengurusan pengambilan dan pemilihan pelajar ke IPTA. 
              permohonan upu 2015

              Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP(UPU) dalam pengurusan pengambilan pelajar ke IPTA? 
              JAWAPAN 2: Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

              Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+.
              Kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada swasta atau awam termasuk kursus matrikulasi kini menggunakan sistem baru penggredan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
              Melalui penilaian baru itu, pelajar diberi gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+,B,C+, C, D, E dan G. Gred baru itu menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G
              gred markah spm
              Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.
              Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
              Permohonan Online UPU Ke IPTA Sesi 2015/ 2016 klik SINI

              Penentuan Aliran

              Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :

              Aliran Sains

              • Matematik
                Matematik Tambahan
                Fizik
                Kimia
                Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

              Aliran Sastera

              • Bahasa Malaysia
              • Matematik
              • Sains
              • Sejarah
              • Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

              Pengiraan Merit

              Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
              Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.

              Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :

              • 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
              • 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
              • Pengiraan Merit Aliran Sains

              Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

              90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
              • Matematik
              • Matematik Tambahan
              • Fizik
              • Kimia
              • Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan
              30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

              Contoh Pengiraan

              1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
              Bahasa Melayu A+
              Bahasa Inggeris A+
              Pendidikan Islam A+
              Sejarah A+
              Matematik A+
              Matematik Tambahan A
              Fizik A-
              Kimia A
              Biologi A
              2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)
              Matematik A+ = 18
              Matematik Tambahan A = 16
              Fizik A- = 14
              Kimia A = 16
              Biologi A- = 14
              JUMLAH 78
              3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)
              Bahasa Melayu A+ = 18
              Bahasa Inggeris A+ = 18
              Pendidikan Islam A+ = 18
              JUMLAH 54
              4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
              Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
              Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
              Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
              Jumlah Markah Akademik
              = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
              = (78 + 30)/120 x 90
              = 81

              Pengiraan Merit Aliran Sastera

              Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
              90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-
              Bahasa Melayu
              Matematik
              Sains
              Sejarah
              Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
              30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
              Contoh Pengiraan
              1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran;
              Bahasa Melayu A+
              Bahasa Inggeris A+
              Pengetahuan Moral B+
              Sejarah C+
              Matematik B
              Sains B
              Perdagangan C+
              Ekonomi Asas C
              Ekonomi Rumah Tangga A
              2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)
              Bahasa Melayu A+ = 18
              Matematik B = 10
              Sains B = 10
              Sejarah C+ = 8
              Pengetahuan Moral B+ = 12
              JUMLAH 58
              3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera)
              Bahasa Inggeris A+ = 18
              Ekonomi Rumah Tangga A = 16
              Sejarah C+ = 8
              JUMLAH 42
              4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
              Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
              Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
              Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
              Jumlah Markah Akademik
              = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
              = (58 + 23.3)/120 x 90
              = 60.9

              Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

              Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
              Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
              Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
              Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
              Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;
              Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
              Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie). SUMBER - What's Next For Me?

              CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT TERKINI 2016

              1. Contoh calon SPM mengambil 8 Mata Pelajaran

              CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT TERKINI 2016 1


              2. Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran

              CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT TERKINI 2016 2

              3. Markah Akademik bagi pengiraan Markah Merit Calon

              CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT TERKINI 2016 3
              Semoga Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM Terkini ini dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan UPU ke IPTA sesi 2016/2017. Semoga berjaya.

              Senarai Pemain Sarawak 2016

              $
              0
              0
              Senarai Pemain Sarawak FA 2016. Pasukan Sarawak FA atau skuad Bujang senang akan beraksi di Liga Super Malaysia 2016 dan mempunyai jurulatih baru iaitu Dato K.Rajagopal, bekas jurulatih Harimau Malaya. Kehadiran beliau telah menyaksikan beberapa nama besar di Liga Malaysia telah berpindah ke skuad Sarawak dalam musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2016. Antaranya adalah Gilmar Filho dari Kelantan, Ndumba Makeche dari Felda United, Syahrul Azwari Ibrahim (HMA) dan K Gurusamy (Selangor). 
              skuad Pemain Sarawak 2016

              Berikut adalah senarai pemain Sarawak FA 2016 yang bakal beraksi dibawah kendalian jurulatih Dato K.Rajagopal.  Senarai ini akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan pemain nanti.

              Senarai Pemain Sarawak 2016


              NONAMA PEMAINWARGANEGARAPOSISI (GK, MIDFIELD DAN FORWARD)
              PENJAGA GOL
              18Aidil MohammadMALAYSIAGK
              21Mohd Iqbal Suhaimi"GK
              1Mohd Shahril Saa'ri"GK
              PERTAHANAN
              2Ronny Harun"CB, LB
              12Ramesh Lai Ban Huat"LB, RB
              13Mohd Dzulazlan Ibrahim"RB
              17Mohd Hairol Mokhtar"CB
              22Mazwandi Zekeria"LB
              25Dzulfadli Awang Marajeh"CB, RB
              TENGAH
              3Ikhwan Izzat Jamaludin"LM, LW
              7J. Partiban"LM, LW, RM, RW
              11Ashri Chuchu"LM, LW
              16Mohd Shahrol Saperi"CM
              20Shreen Tambi"AM, CM
              24Dalglish Papin Test"RM, RW
              15K. Gurusamy"DM, CM
              8Syahrul Azwari Ibrahim"RM, RW,ST
              14Mohd Akmal Mohd Noor"LM, LW
              PENYERANG
              10Gilmar Jose da Silva FilhoBRAZILST
              9Ndumba MakecheAUSTRALIAST, AM

              Semoga dengan Senarai Pemain Sarawak 2016 ini dan kehadiran jurulatih Dato K.Rajagopal mampu menaikkan kembali mutu bolsepak Sarawak musim depan.

              Senarai Pemain Melaka United 2016

              $
              0
              0
              Senarai Pemain Melaka United 2016. Pasukan Melaka United yang baru dinaikkan ke Liga Perdana 2016 selaku Juara Piala FAM 2015 dilihat mampu mencabar dan mencuri slot ke Liga Malaysia 2017. Melaka United di bawah kendalian jurulatih, Mat Zan Mat Aris telah mempersiapkan pasukan dengan mengikat beberapa pemain terutama pemain import dalam musim perpindahan pemain 2016 dengan harapan mampu bersaing dengan pasukan lain di Liga Malaysia.
              skuad Pemain baru Melaka United 2016

              Berikut adalah senarai pemain Melaka United 2016 termasuk pemain baru yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

              NO NAMA WARGANEGARA POSISI TARIKH LAHIR
              Penjaga Gol
              1 Ahmad Solehin Mamat Malaysia GK 24/3/96
              Muhammad Syazwan Yusoff Malaysia GK 17/4/92
              Marco Stefan Petrovski Malaysia Australia GK 2/6/97
              Pertahanan
              11 Fiqri Azwan Ghazali Malaysia LB,LWB 20/3/92
              3 Mohamad Faiz Suhaimi (Captain) Malaysia CB, RB 13/3/93
              42 Rusmanizam Roseland Malaysia CB, ST 11/10/93
              Shin Jae-pil South Korea CB 15/5/82
              Hardy Charles Parsi Malaysia CB,LB
              Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman Malaysia RB,RWB
              Mohd Hazri Rozali Malaysia RB,RWB
              Muhd Syawal Norsam Malaysia CB
              Midfield
              Jasmir Mehat Malaysia LM, LW 6/2/94
              Mohd Iskandar Hanapiah Malaysia RM,LM, RW,LW 2/6/93
              Labinot Harbuzi Sweden AM 4/4/86
              See Kok Luen Malaysia CM 3/6/88
              G. Puaneswaran Malaysia RM, RW 27/5/83
              V. Kavi Chelvan Malaysia LM, LW 2/7/89
              Barath Kumar a/l Ramaloo Malaysia LM, LW 23/4/91
              Penyerang
              Nurshamil Abdul Ghani Malaysia ST 25/9/94
              Ilija Spasojević Montenegro ST 17/11/87

              SUMBER
              Senarai Pemain Melaka United 2016 ini mampu mengembalikan kegemilangan pasukan Melaka yang terkenal dengan banyak tempat menarik sebelum ini.


              Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam Terkini 2016

              $
              0
              0
              Jumlah Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam 2016 Terbaru. Anda mungkin ingin tahu berapakah jumlah cuti tahunan kakitangan kerajaan? Berikut dikongsikan Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam Terkini 2016 beserta jadual cuti yang dipetik dan didownload dari Pekeliling Baru Kadar Cuti JPA. Jumlah cuti ini sangat penting buat para penjawat dalam merancang aktiviti percutian dengan merujuk juga Kalendar Cuti Umum dan Sekolah 2016sebagai panduan.

              jumlah cuti tahunan kakitangan kerajaan 2016

              Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakankeputusan Kerajaan bagi menambah baik kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
              Cuti Rehatbermaksud  cuti  bergaji  penuh  yang  diberi  kerana  perkhidmatan  yang melayakkan  dalam  sesuatu  tahun,  dari  bulan  Januari  hingga  Disember  di  bawah Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974

              Untuk makluman, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan secara prinsipnya ditentukan berdasarkan tarikh lantikan. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016. 
              jadual jumlah cuti tahunan kakitangan kerajaan terkini 2016

              DOWNLOAD PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015
              KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN  BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN 



              Semoga Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam Terkini 2016 ini mampu meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan awam seluruhnya. Jadual ini juga berguna dalam merancang percutian atau aktiviti keluarga dengan membandingkan dengan Jadual Gaji 2016. Moga ianya bermanfaat.

               
              Viewing all 5604 articles
              Browse latest View live


              <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>