Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai Ranking Stesen Radio Malaysia 2014

$
0
0
Senarai Ranking Stesen Radio Malaysia 2014

Senarai Ranking Stesen Radio Malaysia 2014Dipetik dari Astro Awani, Astro Radio telah mencatatkan jumlah pendengar tertinggi dalam tempoh masa 9 tahun (Hasil 16 kajian berturut-turut) dengan peningkatan sebanyak 55%.

Gelombang Astro Radio sekali lagi turut mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kedudukan sebagai stesen radio No.1 Malaysia dengan memperoleh 12.645 juta pendengar setiap minggu.

Keputusan ini diperolehi berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1, 2014 pada minggu ini.

Hasil kajian mengesahkan bahawa stesen radio No.1, No.2 dan No.3 di negara ini adalah kekal milik Astro Radio.


Ranking Stesen Radio Di Malaysia

No 1 - ERA fm : 5.2 juta pendengar

No 2 -THR (Raaga & Gegar) : 3.5 juta pendengar


No 3 - SINAR fm : 3.4 pendengar

THR Gegar, terus menggondoli kedudukan stesen No.1 kegemaran di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, yang merangkumi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan catatan 1.6 juta pendengar.

Sementara THR Raaga pula masih tidak berganjak dari kedudukan lama dengan mengekalkan kekuatan gelombangnya sebagai sebagai stesen No.1 Tamil dengan 1.8 juta pendengar.

Oleh itu, secara keseluruhannya  ERA fm, hitzfm, MY FM dan THR Raaga telah pun mengekalkan frekuensi mereka dengan memegang takhta sebagai radio No.1 mengikut bahasa seperti  Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan bahasa Tamil.

*Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1 , 2014.


Astro Awani



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>