Apa Dia Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) | Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah yang merangkumi kediaman jenis rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang atau tanah kosong.
Ia dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas keuntungan yang diperoleh melalui penjualan harta tanah atau aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Berdasarkan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, CKHT dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah.
Keuntungan yang boleh dicukai adalah keuntungan apabila penjualan harga lebih dari harga rumah yang dibeli.
Namun, kebanyakan pengguna tidak tahu bahawa CKHT adalah juga digunakan dalam pemerolehan dan penjualan saham dalam syarikat di mana 75 peratus aset adalah dalam hartanah juga dikenali sebagai harta tanah syarikat (RPC).

Ia akan dikenakan kepada pemastautin dan bukan pemastautin.
Bagaimanapun, ia hanya boleh dikenakan ke atas keuntungan modal bersih yang positif selepas menolak harga penjualan dengan harga pembelian yang turut mengecualikan caj sampingan seperti setem duti, yuran guaman atau bayaran iklan.
Namun, CKHT juga boleh dikecualikan atas sebab tertentu antaranya untuk penjualan hartanah kediaman sekali dalam seumur hidup kepada individu.
Selain itu, pengecualian juga diberikan ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli keluarga.
Malah, kira-kira 10 peratus daripada keuntungan atau RM10, 000 bagi setiap transaksi tidak akan dikenakan cukai.

Dari tempoh 2008 hingga 2009, CKHT digantung sementara dan diperkenalkan semula empat tahun lalu.
Pada pengumuman Bajet 2014 yang dibuat Oktober tahun lalu, kadar CKHT dinaikkan untuk tahun kelima berturut-turut sejak 2009 - myMetro.
Pada pengumuman Bajet 2014 yang dibuat Oktober tahun lalu, kadar CKHT dinaikkan untuk tahun kelima berturut-turut sejak 2009 - myMetro.
Follow @rossacalla