Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Jawapan MB Johor Tentang Isu Enakmen Baru Johor

$
0
0
Jawapan MB Johor Tentang Isu Enakmen Baru Johor

Jawapan MB Johor Tentang Isu Enakmen Baru Johor | Penglibatan Sultan Johor dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, satu enakmen baharu yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri Isnin ini, bukan satu isu kerana kuasa eksekutif masih dipegang Menteri Besar, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malah, beliau menegaskan usaha untuk menubuhkan lembaga tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana sebelum ini penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) atau kini dikenali sebagai JCorp juga menggunakan pendekatan yang sama.

"Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa ekekutif itu masih ditangan Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran pelan induk industri pelancongan negeri johor dan explore johor fest 2014 di lapangan terbang antarabangsa senai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jawapan MB melalui FB beliau
JOHOR BAHRU 5 Jun - Kuasa Raja dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, satu enakmen baharu yang akan dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini adalah tertakluk kepada kanun Undang-undang Tubuh Negeri Johor.

Justeru, laporan Malaysiakini mengatakan Sultan Johor bakal mendapat kuasa meluas membabitkan isu perumahan adalah tidak benar kerana mengikut kanun itu, baginda boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, laporan Malaysiakini menggambarkan Sultan seolah-olah mempunyai kuasa lebih dalam hal itu adalah berniat jahat dan sengaja diputarbelitkan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sebelum ini pernah membentangkan enakmen sama iaitu semasa mahu mewujudkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp).

"Jcorp kini sudah berkembang sebagai satu syarikat yang dikenali bukan sahaja di dalam negeri, malah di peringkat antarabangsa dan terbukti ia sudah berjaya. Jadi jangan jadikan usaha mewujudkan lembaga perumahan itu sebagai isu.

"Mereka (Malaysiakini) perlu faham tentang kanun Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebelum membuat sebarang laporan seperti itu yang boleh mengelirukan rakyat negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Malaysiakini melaporkan semalam, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di DUN pada Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan.

Menurut portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga tersebut.

Abd. Latiff menegaskan, penubuhan lembaga itu kelak bakal memudah dan memantapkan lagi urusan berkaitan perumahan dan hartanah di negeri ini kerana segala urusan yang diselia tiga agensi sebelum ini akan berada di bawah satu bumbung.

Selain itu, tambahnya, menerusi lembaga itu juga, segala usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri ini dapat diperhebatkan pada masa sama tindakan tegas kepada pemaju yang ingkar dapat diambil.

"Kita tubuhkan lembaga ini bukan untuk susahkan sesiapa tetapi untuk memastikan undang-undang yang ada berkaitan perumahan dan hartanah negeri ini dapat dihormati, sekali gus tiada lagi pihak yang memperlekehkan penguatkuasaan kita.

"Saya yakin, menerusi lembaga itu juga pemilikan rumah untuk rakyat bukan sahaja bumiputera, malah bangsa lain terjamin dalam usaha kita mendukung kehendak rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri yang berkualiti," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, lembaga tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Pengerusi.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>