JAKIM Sahkan Tiada DNA Babi Dalam Coklat Cadbury | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pemeriksaan mendapati tiada DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang produk tenusu itu, minggu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisa Kementerian Kesihatan sebelum ini didapati tercemar.
"Sampel sebelum ini tidak diambil terus dari kilang berkenaan dan ia tercemar," katanya.
Beliau mengumumkan keputusan analisa itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, pagi Isnin.
Jamil Khir juga menolak dakwaan bahawa kerajaan cuba melindungi syarikat berkenaan, Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.
"Kerajaan tidak berhasrat melindungi syarikat berkenaan kerana ia adalah tanggungjawab Jakim untuk menyakinkan umat Islam," katanya.
Sebelum ini, dua produk syarikat terbabit dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.
Jakim juga dilaporkan menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.
Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 - mStar online
Follow @rossacalla"Sampel sebelum ini tidak diambil terus dari kilang berkenaan dan ia tercemar," katanya.