Senarai Pemain Malaysia Hoki Piala Dunia 2014 Di The Haque Belanda | BEKAS kapten skuad kebangsaan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah adalah antara lima pemain yang dipanggil semula bagi menggalas cabaran Malaysia dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, akhir bulan ini - 31 Mei hingga 15 Jun 2014.
Empat pemain lain termasuk penjaga gol berpengalaman, Roslan Jamaluddin, pemain pertahanan, Muhammad Razie Abdul Rahim dan dua penyerang, Hafifi Hafiz Hanafi serta Muhamad Ramadhan Rosli.
Ketua jurulatih skuad negara Muhammad Dharmaraj Abdullah berkata 18 pemain yang disenaraikan terdiri daripada pemain berpengalaman yang menunjukkan prestasi terbaik setakat ini.
"Kita ada satu kumpulan besar pemain yang bagus dan saya cuba sedaya upaya untuk membentuk pasukan yang mencapai standard dunia," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata antara pemain yang terpaksa digugurkan adalah penjaga gol, Muhd Hafizuddin Othman, pemain tengah Muhd Azri Hassan, penyerang Muhd Rashid Baharom dua pemain pertahanan, Ahmad Kazamirul Nasruddin serta Izad Hakimi Jamaluddin yang masih mendapatkan rawatan akibat demam yang serius.

Dalam kejohanan dari 31 Mei hingga 15 Jun itu, Malaysia berdepan laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan A bersama juara bertahan Australia, England, Belgium, India dan Sepanyol.
Sementara tuan rumah, Belanda berada dalam kumpulan B bersama Jerman, New Zealand, Korea Selatan, Argentina dan Afrika Selatan.
Skuad kebangsaan akan memulakan saingan menentang Australia pada 31 Mei diikuti Belgium (2 Jun), England (5 Jun), India (7 Jun) sebelum melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Sepanyol pada 9 Jun ini.
Kali terakhir Malaysia menyertai kejohanan Piala Dunia adalah pada 2002 semasa menjadi tuan rumah kejohanan itu di Kuala Lumpur dan sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan.
Senarai 18 pemain hoki ke Piala Dunia 2014:
Penjaga Gol: S. Kumar, Roslan Jamaludin.
Pertahanan: Kevin Frederick Lim, Faizal Saari, Mohamad Shukri Abdul Mutalib, Azlan Misron (Kapten), Faiz Helmi Jali, Muhammad Razie Abdul Rahim

Tengah: Muhammad Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Shahrun Nabil Abdullah,
Penyerang: Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil , Muhamad Ramadhan Rosli, Ismail Abu, Hafifi Hafiz Hanafi - Bernama
Follow @rossacalla