Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
Muat turun borang di sini untuk semenajung malaysia
MUAT TURUN BORANG DI SINI UNTUK SEMENAJUNG MALAYSIA
Manual online panduan di SINI
Maklumat lanjut boleh klik di Portal Rasmi SPNB
PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT
1. Apakah konsep binaan Program Rumah Mesra Rakyat?
Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air berkeluasan 866 kps dan 700 kps.
Rekabentuk

Keluasan 866kps

Keluasan 700kps
2. Siapakah yang layak untuk memohan dibawah program ini?
Program ini layak dipohon oleh keluarga miskin yang mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM1,500 sebulan dan tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk pembinaan yang bebas daripada sebarang sekatan.
3. Dari manakah SPNB mendapat pembiayaan untuk melaksanakan projek ini?
SPNB telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Program Rumah Mesra Rakyat dengan kaedah satu pertiga (1/3) daripada kos tersebut di subsidi oleh Kerajaan, sementara dua pertiga (2/3) lagi diberi pinjaman tanpa faedah kepada pemohon berlandaskan konsep Qadrul - Hassan.
4. Berapakah bayaran bulanan yang harus diselesaikan oleh pemohon berlandaskan konsep Qadrul- Hassan?
Pembayaran balik pinjaman secara bulanan adalah RM150 sebulan sehingga selesai pinjaman seperti di jadual.
Jenis Atas Tanah Berkeluasan 866 kps / 700 kps

Nota : *Kawasan tanah rendah yang mudah dinaiki air
Jenis Atas Tanah Berkeluasan 700 kps

5. Apakah kelayakan pemohon?
Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
- Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
- Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
* PMR Penerangan
TERKINI menurut TV3.com.my
Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB memperkenalkan tiga kategori baharu model Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.
Harga jualan antara RM45,000 dan RM65,000 seunit.
Model baharu ini dilancarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah di Slim River, Perak.
Menurut Datuk Seri Husni, bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000.
Rumah berharga RM55,000 pula akan mendapat subsidi RM17,000.
Bagi rumah yang berharga RM45,000 pula, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM15,000.
Ianya bertujuan agar rakyat yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri.
Beliau turut meminta kerajaan negeri memberikan kerjasama kepada SPNB untuk mengenal pasti tanah yang sesuai bagi pembinaan lebih banyak projek perumahan rakyat.
Follow @rossacalla