Gambar Majlis Nikah Pelakon Ruminah Sidek Dan Al Fatah 17 Mei 2014 | Hanya dengan sekali lafaz, pelakon veteran Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di sini, Sabtu.
Akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, Mohd Jani Sarman dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan, Mohd Zainal Sidek kira-kira pukul 9.20 pagi.
Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran. Ruminah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.
Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan. Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi Oyang diacarakan oleh pelakon Abon, AR Badul dan Aida Gadis Melayu.
Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.
Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.
Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit - mStar online
Follow @rossacallaHasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.
Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit - mStar online