Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Al-Fatihah Penyanyi Adam Ahmad Meninggal Dunia 15 Mei 2014

$
0
0
Al-Fatihah Penyanyi Adam Ahmad Meninggal Dunia 15 Mei 2014

Al-Fatihah Penyanyi Adam Ahmad Meninggal Dunia 15 Mei 2014 | AMPANG: Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan lagu Kau Pergi Jua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai Ampang di sini sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru kira-kira pukul 12.15 malam Khamis.
Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 19 Disember 2010 ketika berusia 46 tahun dengan seorang janda beranak dua iaitu Norliza Ayat, 46. 
Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak mencipta lagu-lagu hit seperti  Di Hari Persandingan Mu dan  Di Pantai Cinta Berahi  nyanyian Yunizar Hosein.

Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).


Jenazah sebelum itu dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai di sini - mStar online



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604