Amalan Sunat Bulan Rejab Untuk Persediaan Ramadhan | Amalan untuk dapat keredaan Tuhan jana kekuatan iman
Kita sedang memasuki fasa kedua bulan Rejab yang menjadi perbualan mengenai kelebihan dan fadilat yang dijanjikan Allah SWT. Ini disebabkan sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan bulan ini dengan amalan khusus dengan mengharapkan fadilat tertentu.
Namun, ada yang menafikan kewujudan fadilat dikatakan atas dakwaan tiada dalil yang kukuh daripada Baginda Nabi SAW. Antaranya ialah menghidupkan malam 27 Rejab iaitu malam Israk Mikraj.
Begitu juga amalan berpuasa pada hari pertama Rejab, solat khusus 20 rakaat dalam bulan Rejab, ziarah kubur pada hari Jumaat pertama bulan Rejab dan lain-lain.
Ibnu Hajar menyebut, “Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapat hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yang sahih ataupun hasan.”
Sememangnya tidak dapat dinafikan, Israk Mikraj adalah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam. Ia bukti kebesaran Allah SWT dan kebenaran Nabi Muhamad SAW serta risalah yang dibawa Baginda.
Peristiwa Israk Mikraj juga menjadi perselisihan dalam kalangan ulama. Di sinilah bermula perbahasan yang panjang sehingga menjadi kekeliruan kepada umum setiap kali tibanya Rejab.
Tidak ada satu hadis sahih menyebut tarikh peristiwa ini secara khusus. Semua pendapat yang menyebut tarikh berlakunya peristiwa itu secara khusus adalah tidak thsabit daripada Rasulullah SAW di sisi ulama hadis.
Hikmah di sebalik kerahsiaan
Justeru, kepada Allah SWT diserahkan segala hikmah di sebalik kerahsiaan ini kepada manusia. Malah ada yang berpendapat, jika terdapat hadis yang menjelaskan perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam itu dengan amalan khusus.
Tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah SAW dan sahabat tidak pernah merayakannya serta tidak melakukan sebarang amalan khusus.
Jika menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi SAW akan menunjukkan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya. Jika amalan ini pernah dilakukan Baginda SAW, semestinya akan diketahui dan disampaikan oleh sahabat.
Begitu juga solat raghaib yang telah disandarkan kepada hadis maudu’ (direka) yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Pelbagai doa dan selawat telah dimuatkan dalam hadis itu sehingga dapat memberi syafaat kepada 700 ahli keluarganya.
Al-Imam al-Syaukani menyebut dalam kitabnya al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadis al-Maudhu‘ah, hadis ini adalah maudhu’ dan perawinya majhul (tidak dikenali), solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat ulama ia adalah maudhu’.
Ibn al-Jauzi menyebut, hadis ini adalah maudhu’ kerana di dalamnya terdapat seorang perawi yang tidak dikenali. Terdapat ramai lagi ulama yang membincangkan hukum solat Raghaib. Kesimpulan yang dapat dibuat, mereka semuanya menafikan kewujudan solat itu.
Begitu juga dengan ganjaran hebat yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka yang berpuasa pada Rejab kerana menganggap ia mempunyai kelebihan serta fadilat khusus.
Latihan hadapi Ramadan
Namun, dalam keghairahan kita menilai pendapat ulama, sebagai umat akhir zaman yang terkenal dengan kejahilan dan iman yang nipis, hendaklah berdiri di persimpangan antara keghairahan dan keterbukaan.
Di samping itu, kita tidak harus mengetepikan pendapat secara umum berkaitan latihan pada bulan Rejab bagi menghadapi Ramadan almubarak.
Imam al-Thabrani meriwayatkan, daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Beliau juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Imam Muslim juga meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubair mengenai puasa Rejab. Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: Rasulullah SAW berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak Baginda berpuasa.” (Sahih Muslim)
Ibadah dilakukan Rasulullah
Menunjukkan keghairahan Baginda SAW untuk melakukan ibadah begitu ketara sekali. Namun demikian, gambaran ketika Baginda berbuka menjelaskan ia bukanlah sesuatu kewajipan kepada umatnya.
Amalan yang benar-benar dilakukan kerana menuntut keredaan Allah SWT saja dikira berpotensi untuk menjana kekuatan iman. Kita sebagai manusia biasa, mestilah bijak untuk menilai manakah pandangan yang mampu dan boleh menggalakkan kita untuk melakukan ibadah.
Kita hendaklah berbicara dengan diri sendiri apakah sudah cukup amalan kita untuk menolak segala amalan kebaikan yang disarankan sehingga akhirnya masa kosong kita akan terbuang begitu saja.
Anggaplah amal ibadah yang kita lakukan hanyalah untuk menuntut keredaan Allah SWT semata-mata dan bukannya khusus pada bulan Rejab. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunah Rasulullah SAW dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah SWT.
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadah solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan bermula dari bulan Rejab sehinggalah kepada Rejab yang akan datang - BH online
Follow @rossacalla