Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Ahmad Said Sah Letak Jawatan MB Terengganu 12 Mei 2014

$
0
0
Ahmad Said Sah Letak Jawatan MB Terengganu 12 Mei 2014

Ahmad Said Sah Letak Jawatan MB Terengganu 12 Mei 2014Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini.

Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.
Ahmad Said Sah Letak Jawatan MB Terengganu 12 Mei 2014
Datuk Abdul Razif Abdul Rahman
Majlis angkat sumpah dijangka berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah di sini.
Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.
Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.
BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu - mStar online




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>