Dipetik dari Portal SPA, SPA kini mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.
Permohonan boleh dibuat secara online di laman portal SPA - KLIK DI SINI
Syarat-syarat
- Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
- Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
- Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
- Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
Cara Mendaftar Pekerjaan Di Perkhidmatan Awam (SPA 8i) Secara Online
Layari Pendaftaran Pekerjaan dan ikut langkah-langkah yang diberi
Pemohon dinasihatkan merujuk kepada Panduan Pengguna untuk lebih memahami bagaimana proses pendaftaran dapat dilakukan tanpa masalah
Untuk maklumat jawatan - Gaji, Syarat Lantikan Dan Deskripsi Tugas boleh klik Di SINI
SELAMAT MENCUBA