Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

JDT II Bakal Beraksi Di Liga Singapura Tahun Depan?

$
0
0
JDT II Bakal Beraksi Di Liga Singapura Tahun Depan?


JDT II Bakal Beraksi Di Liga Singapura Tahun Depan? | PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah mempunyai perancangan pembangunan bola sepak untuk musim hadapan meskipun saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2014 masih belum menutup tirai.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui teruja mengenai perancangan persatuan untuk musim depan malah memberitahu, PBNJ sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain Boca Juniors yang berasal dari Argentina, Juan Manuel Martinez, 28.

Menurutnya, pada masa sama, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berminat untuk mendapatkan penyerang import berbisa Selangor, Paulo Rangel untuk bermain di negeri ini.


Beliau juga menyatakan hasrat untuk membawa JDT II beraksi dalam Liga Singapura musim depan bagi memberi pendedahan kepada pemain pasukan berkenaan sekali gus mencari pengalaman di liga lain.

Sambil menyatakan kesediaan membayar denda RM300,000 kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya perancangan itu direalisasikan, Tunku Ismail berharap pemain pasukan JDT II akan berusaha menambah baik mutu permainan mereka di masa akan datang - dipetik dari Sinar Harian





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>