Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

JDT Mahu Paulo Rangel Dan Juan Manuel Martinez Musim Depan

$
0
0
JDT Mahu Paulo Rangel Dan Juan Manuel Martinez Musim Depan
JDT Mahu Paulo Rangel Dan Juan Manuel Martinez Musim DepanJohor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) merancang untuk memancing penyerang Selangor Paulo Rangel untuk musim depan.
Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan hasrat itu ketika sidang media, di sini, sebentar tadi. 
Titahnya, keupayaan penjaring terbanyak Liga Super musim ini sudah terbukti. 

Selain itu, JDT juga berhasrat untuk mendapat pemain Boca Juniors Juan Manuel Martinez, 28, musim depan.
"Saya sudah lihat pemain itu beraksi ketika ke Argentina dan yakin dia dapat mengikut gaya permainan kita," titahnya - myMetro
Ini pula dipetik dari Sinar Harian
Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui teruja mengenai perancangan persatuan untuk musim depan malah memberitahu, PBNJ sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain Boca Juniors yang berasal dari Argentina, Juan Manuel Martinez, 28.

Menurutnya, pada masa sama, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berminat untuk mendapatkan penyerang import berbisa Selangor, Paulo Rangel untuk bermain di negeri ini.

“PBNJ menawarkan RM11 juta (USD3.5 juta) kepada Kelab Boca Juniors untuk melepaskan Juan Manuel dan kita sedang menunggu perkembangan mengenai perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, Juan Manuel yang disifatkan sebagai pemain serba boleh kerana mampu beraksi dalam pelbagai posisi malah dilihat sangat sesuai untuk bermain dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>