Video Pengalaman Penumpang Guna KLIA2 Yang Baru | Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang telah mula beroperasi sejak semalam dilihat menyediakan perkhidmatan yang selesa buat penumpang dan pengunjung.
Namun, orang ramai tidak menolak bahawa keluasan itu menyebabkan mereka perlu berjalan jauh berbanding dengan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Penumpang yang baru tiba dari Sibu, hari ini, Amirul Ismail, 58, akui teruja menggunakan perkhidmatan klia2 buat pertama kali.
Menganggap pengalaman pertamanya di situ, Amirul berdepan kesukaran ketika hendak keluar dari balai ketibaan.
“Saya menaiki penerbangan daripada Sibu. Landasan pun baru, jadi, saya teruja. Macam biasa, kita jadi macam budak-budak rakam gambar.
“Perjalanannya itu, ia agak rumit...sebab pertama kali kan. Kita perlu berpusing-pusing untuk keluar dari balai ketibaan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Kemudahan jambatan udara di klia2 memudahkan penumpang tanpa perlu menaiki tangga seperti yang disediakan di LCCT.
“LCCT sangat sesak tapi sangat ‘straight foward’. Cuma di LCCT kita kena jalan kaki, turun tangga tapi di sini ada jambatan udara. Itu perbezaan dan sudah tentu ia lebih selesa daripada LCCT,” katanya - Sinar Harian
Follow @rossacalla
Video Pengalaman Penumpang Guna KLIA2 Yang Baru