Senarai Penuh Pemain Skuad Badminton Piala Thomas 2014 | Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menamakan Goh Soon Huat sebagai pemain perseorangan lelaki keempat negara pada kejohanan Piala Thomas di New Delhi, India dari 18-25 Mei ini.
Presiden BAM Tengku Mahaleel Tengku Ariff, berkata keputusan menamakan pemain itu berbanding Ramdan Misbun Ramdan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk sesi pemilihan yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara baru-baru ini selain prestasi setiap pemain negara dan laporan daripada Institut Sukan Negara (ISN).
"Keputusan ini dicapai sebulat suara (oleh ahli majlis BAM) dan ia berdasarkan prinsip ketelusan dan pemain yang mempamerkan aksi terbaik ketika ini yang sewajarnya mewakili negara (pada Piala Thomas nanti)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis BAM di sebuah hotel di Subang Jaya, dekat sini, Sabtu.
Tengku Mahaleel optimis dengan peluang skuad Piala Thomas negara untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir berdasarkan ranking negara yang berada pada kedudukan keempat dunia.
Beliau berkata, skuad Piala Uber negara meletakkan sasaran ke suku akhir sebagaimana dinyatakan oleh jurulatih perseorangan wanita negara, Wong Tak Mei sebelum ini.
SKUAD PIALA THOMAS 2014:
Perseorangan: Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Daren, Goh Soon Huat.
Beregu: Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong/Chan Peng Soo, Lim Khim Wah/Goh V Shem.
mStar onlineFollow @rossacalla