Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kalendar Peperiksaan STPM Baharu 2014

$
0
0
Kalendar Peperiksaan STPM Baharu 2014

Kalendar Peperiksaan STPM Baharu 2014
Berikut Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolhana Malaysia (STPM) Baharu 2014 untuk rujukan pelajar semua.


Kalendar Peperiksaan STPM Baharu 2014

Nota: 

1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. 

2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1. 

3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2013 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3. 

4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2013 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis alternatif yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka markah PBS yang diperoleh dalam peperiksaa STPM tahun sebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahun mengulang untuk sekali sahaja. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan yang pertama (maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 2 dalam Peraturan dan Skema 
Peperiksaan STPM 2014 tentang Pendaftaran Lewat). 

5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah PBS tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak 
menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS, calon dikehendaki melaksanakan PBS (maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 2 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2014 tentang Pendaftaran Lewat). 

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN 
Tel: 03-61369663 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my 

SUMBER MPM




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604