5 Lagi Maut Kerana MERS Di Arab Saudi | Arab Saudi menyatakan ia mengesan 14 lagi kes yang mungkin Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), menjadikan keseluruhan 313 kes.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu, kes terbaharu itu dilaporkan di Riyadh, Jeddah dan Makkah dalam tempoh 24 jam lalu.
Peningkatan bilangan kes itu membimbangkan Arab Saudi yang akan menerima kedatangan jemaah umrah Ramadan pada Julai ini dan jemaah haji pada Oktober depan.
Keseluruhannya, 92 orang sudah meninggal dunia akibat MERS di Arab Saudi. - Reuters
Follow @rossacalla