Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tarikh Pendaftaran Untuk Cukai Barang Dan Perkhidmatan

$
0
0
Tarikh Pendaftaran Untuk Cukai Barang Dan Perkhidmatan
Tarikh Pendaftaran Untuk Cukai Barang Dan PerkhidmatanOrang yang layak dicukai perlu mendaftarkan diri di bawah peraturan-peraturan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di laman web khusus, http://CBP.customs.gov.my, mulai 1 Jun, kata seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia hari ini. 

Penolong Pengarah Kanan (1) bahagian CBP jabatan Fazilah Ariff berkata pendaftaran awal akan membolehkan perniagaan bersedia bagi kelancaran pelaksanaan CBP apabila cukai itu dikuatkuasakan pada 1 April, tahun depan. 


"Langkah pertama untuk kesediaan CBP ialah mendaftarkan nombor pengenalan CBP. Anda perlu menyemak sama ada anda perlu mendaftar atau sama ada ingin mendaftar secara sukarela. 


"Menjadi individu dengan pendaftaran CBP akan membolehkan seseorang itu lebih bersedia, sebagai contoh, mencetak invois cukai dengan nombor pengenalan 12 digit CBP yang dijana oleh portal ini," katanya kepada peserta 'Automotive Info Talk' mengenai CBP hari ini. 

Semasa menjelaskan ciri-ciri CBP, Fazilah berkata, definisi 'orang' mempunyai pengertian sebagai individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, amanah, harta, persatuan, kesatuan, kelab atau mana-mana organisasi lain termasuk jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam perniagaan membuat bekalan boleh dikenakan cukai di negara ini. 

CBP mengkehendaki seseorang yang membekalkan barangan dan perkhidmatan yang boleh dicukai di Malaysia yang telah melebihi had yang ditetapkan untuk mendaftar dan menyimpan rekod-rekod input dan output cukai, katanya. 

Beliau berkata pengiraan perolehan untuk pendaftaran itu adalah berdasarkan kepada jumlah nilai bekalan yang boleh dicukai untuk tempoh 12 bulan dan mereka yang terlibat dengan perniagaan serta memperoleh jualan tahunan melebihi RM500,000 layak berdaftar di bawah CBP. 
"Pendaftaran adalah mandatori untuk perniagaan dengan perolehan yang telah melebihi had ditetapkan, perniagaan di bawah paras ambang (threshold) pula boleh memohon untuk pendaftaran secara sukarela," katanya. 

Melalui sesi pertukaran idea dengan para peserta dan penceramah dari jabatan, Fazilah turut menjelaskan mengenai kelayakan untuk menuntut cukai input serta lain-lain tanggungjawab dan obligasi sebagai Pendaftar di bawah CBP. 

Penceramah itu turut menasihat peserta dan masyarakat umum supaya menyemak portal CBP bagi lain-lain butiran dan maklumat terkini mengenai CBP. 

Kira-kira 450 peserta industri automotif dan pihak berkepentingan menghadiri seminar sehari itu yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Automotif Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - BERNAMA 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>