Dalam temubual bersama Harian Metro, Datuk Astaman berkata, "Walau apa punca sekali pun, beliau tidak boleh mengasari pengadil apatah lagi bertumbuk. Kita ada peraturan, jangan bertindak keterlaluan kerana kita ada saluran yang betul kalau tidak puas hati.
"Kalau tak boleh kawal perasaan, tiada semangat kesukanan dan tidak boleh hormati undang-undang lebih baik jangan terbabit dalam bola sepak!"
Rakaman video yang tersebar luas di laman social tersebut, menunjukkan Onn tiba-tiba menumbuk muka Sukri ketika pemain kedua-dua pasukan sedang meninggalkan padang.
Tindakan mengejut pengurus Johor Darul Takzim II itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati beliau dengan keputusan pengadil perlawanan tersebut - Stadium Astro
Follow @rossacalla
Video Pengurus JDT II Tumbuk Pengadil Selepas Perlawanan Tamat