Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Kejadian Banjir Di Sarawak Disember 2013

$
0
0
Sarawak banjir

Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir pada Ahad.
Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi pada Ahad berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.
Sarawak banjir
Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.
Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.
Sarawak banjir
Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).
Sarawak banjir
Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. - BERNAMA
Sarawak banjir
Sarawak banjir

Gambar kredit to Isu Panaz

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>