Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tiga Laluan Baru AirAsia Dari Johor Bahru Ke Indonesia Dan Vietnam

$
0
0
Tiga Laluan Baru AirAsia Dari Johor Bahru Ke Indonesia Dan Vietnam

Tiga Laluan Baru AirAsia Dari Johor Bahru Ke Indonesia Dan Vietnam | KUALA LUMPUR: AirAsia melancarkan tiga laluan antarabangsa terbaru dari habnya di Johor Bahru, menghubungkan wilayah selatan Semenanjung ke Yogyakarta dan Lombok di Indonesia, dan Bandar Ho Chi Minh di Vietnam, bagi menyediakan lebih pilihan destinasi kepada penduduk Johor Baharu.

AirAsia, dalam satu kenyataan hari ini berkata pengenalan laluan antarabangsa itu bagi meningkatkan kemudahan serta penjimatan, kerana dengan penyambungan terus terkini itu, penumpang tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk ke destinasi-destinasi tersebut.

AirAsia menawarkan tambang asas dari serendah RM0 (tidak termasuk surcaj bahan api, cukai lapangan terbang dan lain-lain fi bagi perjalanan sehala sahaja), dengan tempoh tempahan dari 15 hingga 20 April, 2014 bagi perjalanan dari 11 Julai hingga 30 April 2015 bagi laluan baharu itu.

Ketua Komersil AirAsia Spencer Lee berkata Johor Bahru merupakan satu daripada hab penting bagi syarikat dan berpotensi untuk pembangunan laluan penerbangan dan permintaan tinggi untuk hubungan udara antarabangsa.

Tiga laluan terbaru AirAsia dari Johor Bahru menghubungkan Yogyakarta empat kali seminggu, Lombok tiga kali seminggu dan empat seminggu ke Ho Chi Minh City. -- Bernama



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604