Tompokan Minyak Dikesan Di Kawasan Pencarian MH370 | KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield, telah mengesan tompokan minyak di kawasan pencariannya di selatan Lautan Hindi, petang semalam.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata tompokan minyak tersebut berada pada anggaran 5,550 kilometer dari isyarat "ping" yang dikesan sebelum ini oleh kapal terbabit.
"Satu sampel dua liter telah dikutip dan kami memerlukan beberapa hari lagi sebelum ia (sampel tompokan minyak) dapat diuji dan ditentukan secara konklusif," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.
Namun, Angus menegaskan bahawa sumber asal tompokan minyak itu masih belum boleh dipastikan lagi.
Astro Awani