Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah

$
0
0
Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah

Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah | Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil.
   
Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah

Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah

"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.
 
Dalam soalannya, Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan yang sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka.
 

Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah

Gambar Demontrasi Baling Minta Kerajaan Kaji Harga Lantai Getah

Uggah berkata kerajaan turut mengkaji pilihan yang sesuai, termasuk menggalakkan aktiviti sampingan bagi menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah untuk menangani kesan negatif daripada penurunan harga dan pendapatan.

Di Baling Sabtu lepas, puluhan ribu penduduk Baling serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk menuntut harga getah yang lebih baik ekoran kejatuhan bahan komoditi itu yang merudum sejak kebelakangan ini.
Ia diadakan bagi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.
Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.
Pihak penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.
Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung. – 9 April, 2014 - Yahoo News Malaysia



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>